24.11.2011 = KHAMIS
kesakitan yang vee alami masih terasa namun vee terus bertahan & xputus-putus berdoa supaya vee dapat bersalin dengan segera. datang seorang nurse indian yang mesra menyapa vee "i betul-betul kesian tengok you, you before nie ceria , jadi macam nie. i doakan esok i datang, sebelah you dah ada baby yer"
lebih kurang dalam jam 1.30am..nurse datang buat CTG & vee terus minta untuk mengiring sebab vee x mampu menahan sakit dengan baring menelentang. masa buat CTG tue.. vee tiba-tiba rasa macam ada air keluar mengalir di bahagian bawah & vee cepat-cepat tekan butang merah atas kepala. nurse datang & periksa bahagian bawah vee terus panggil Doc.
Doc yang datang kali nie lelaki, aduhai segannya tapi redha. Doc tue cakap "tunggu awak abeskan CTG then saya akan tengok bukaan awak k" tehn bila selesai CTG, Doc datang & vee berdoa sangat-sangat atleast bukaan vee dah buka 4cm. sebab kalau da buka 4cm, baru leh hantar ke labor room
disebabkan Doc lelaki yang check kali nie, sakit lebih terasa & alhamdulillah memang bukaan vee dah 4cm. diorang laporkan ke labor room & vee diterima masuk. nurse minta vee buang air terlebih dahulu dengan memasukkan ubat paksa buang air. then, nurse minta vee bawa persalinan untuk baby sekali.
so, vee cepat-cepat call Mr Hubby supaya datang segera ke Dewan Bersalin & vee ke sana dengan kerusi roda. masa tue vee x fikir apa sebab contraction vee memang sakit teramat sangat. sebelum ke labor room, vee makan sebiji kurma sebab vee memang x makan apa-apa dari petang tadi. then, sampai ke bilik bersalin no 15, vee terus diminta berbaring di atas katil khas & CTG dibuat sekali lagi. aduhaiii... x tahan rasanya setipa kali contractions menyerang.
Mr Hubby sampai & Doc pun masuk. denyutan jantung Baby kurang lalu Doc minta masukkan CTG melalui bahagian bawah. masa tue vee dah cakap kat Doc "Doc.. sakit sangat nie.. lama lagi ker?" Doc minta vee bersabar & minta Mr Hubby keluar kejap sebab nak check bukaan & pecahkan air ketuban.
bukaan vee masih 4cm & Doc pun pecahkan air ketuban vee. sebaik jer air ketuban dipecahkan, vee dah terasa air suam-suam keluar di bahagian bawah & Doc bagitau "contraction awak akan makin kuat yer..tahan sket" . SubhanAllah.. memang terasa sangat-sangat & sakitnya hanya Allah swt sahaja yang tau. masa tue vee berpaut tangan di katil setiap kali contraction. Doc tinggalkan vee sendirian sebab dari 4cm nak ke7-8cm agak lambat.
Mr Hubby masuk then tolong usap-usap dahi vee. vee terus bagitau Mr Hubby "Syg..sakit sangat nie.. vee x tahan.. please panggil Doc" Mr Hubby terus panggil Doc & vee bagitau "Doc, saya dah x tahan sangat nie!!!"
Doc terus check bukaan & terkejut sebab x sampai beberapa minit, bukaan vee dah 8cm. "Nurse, bukaan dah 8cm!!" then terus kaki vee diikat di palang besi yang tinggi & Doc minta vee merendahkan badan & mengajar cara untuk meneran.
masa meneran tue, hanya Allah swt ajer yang tau betapa payahnya sebab vee hanya berbekalkan sebiji kurma sebelum ke labor room. tenaga vee seolah-olah hilang setiap kali vee meneran & hampir juga vee berputus asa dan masa tue vee x kesah vee kena forcep or c-sec sebab vee rasa vee dah x ada kudrat dah.
mujurlah Doc tue takutkan vee "Elvy..sikit jer lagi anak awak nak keluar, takkan awak nak vacum, kalau vacum, kepala anak awak akan bengkak & luka awak lagi teruk. cuba lagi!!" Mr Huby pun usap dahi vee & bagitau "sikit jer lagi Syg..kepala baby dah nampak tue" masa tue vee pun cuba lagi meneran & kali ketiga Mr Hubby dah menjerit kecil "Syg.. lagi sikit jer.. kepala baby dah nampak." then nurse yang membantu menjerit "teran macam nak berak!!"
vee pun teran sekuat hati & alhamdulillah kepala baby pun terkeluar & masa Doc tue bagitau nak potong sikit pun vee dah x kesah. bila baby keluar sepenuhnya & baby diletakkan di perut vee.. sebelum tue Doc tunjukkan jantina baby & tadaaa!!! she is a GIRL ^_^ vee rasa lega teramat sangat & rasa seluruh kesakitan vee hilang macam tue ajer ^_^ tangisan baby memenuhi ruang bilik tue & vee terus pegang baby vee yang basah & pucat . puas selama nie vee tunggu My Baby nie keluar & kini dah pun berada di depan mata ^^
alhamdulillahx100000 bahagia sangat rasanya bila melihat Mr Hubby mengqamatkan anak perempuan kami. then baby di bawa keluar untuk dibersihkan & vee ditinggalkan sendirian sementara menunggu Doc untuk menjahit bahagian yang patut dijahit. masa jahitan dilakukan, vee dah malas nak fikir kesakitan sebab kepala vee hanya fikirkan baby vee & vee x sabar nak peluk cium baby vee.
so, tepat jam 3.42am 24/11/2011 hari Khamis, Baby Girl vee dilahirkan secara Normal dengan berat 2.75kg & tinggi 49cm ^^
xlama kemudian, my baby dibawa masuk & Mr Hubby pun masuk sama. rasa masih x percaya lagi yang anak perempuan kami kini di depan mata ^^
nurse datang & vee dipindahkan ke katil untuk dihantar semula ke wad. Mr Hubby pula diminta masuk ke wad melalui lobi utama. sampai jer kat wad, vee terus salin baju baru & teman-teman yang sedar vee balik dengan baby excited mengucapkan tahniah =) Mr Hubby teman vee sampai jam 7.00am & balik ke rumah dengan mak yang menanti sama di bawah. mesti mak x sabar nak tengok cucu sulung.. tapi waktu lawatan nanti baru leh naik ke atas.
sepanjang berada di wad, my baby dah pun buang air besar 2 kali. itu pun kali kedua vee minta nurse tolong basuhkan heheeh. oh ya, bila nurse-nurse & Doc datang awal pagi, diorang semua terkejut tengok baby dah ada di sebelah vee heheeh Doc tue siap cakap lagi "eh.. i thought you x bersalin lagi.. tahniah ^^ so kalau Baby dah berak kencing & takde masalah apa-apa, you boleh balik lah petang nie yer "
masa lawatan, Mama, Papa, Mr Hubby & Mak pun datang dengan muka excited nak jumpa cucu baru. Mak Usu, Pak Usu, Izzah & suami pun ada datang sekali . tapi ada part yang vee kerang gemar iaitu part memeriksa jahitan .
masa dalam bilik rawatan, macam-macam alasan vee bagi supaya diorang x check sebab veee takut sakit!! tapi diorang duk bantai gelak jer dengan alasan vee & bantu vee keluarkan darah beku dalam rahim vee. agak lega bila darah beku tue keluar & vee hanya mampu menahan nafas masa Doc check jahitan vee. alahaiiiiii...
petang tue vee dah boleh keluar & vee berterima kasih dengan semua Doc, nurse, staff & pesakit yang ditahan bersama kerana diorang memang best & terbaik ^^ vee rasa layanan diorang memang best & xlah macam yang vee dengar daripada orang lain. vee bertuah dilayan dengan mereka & insya Allah next baby nanti, leh bersalin kat Hospital Serdang lagi heheehe (pergh..sakit bersalin pun masih terasa lagi.. nak second baby lak )
buat Suamiku ~~~I Love You So Much~~~ sila sabar menjaga vee sepanjang berpantang yer
buat Elaine Medina ~~~You're My Everything~~~ selamat datang dalam hidup Ummi & Daddy
buat Mak, Abah, Mama & Papa ~~~May Allah Bless You~~~ jasa kalian tak mampu dibalas
buat Elaine Medina ~~~You're My Everything~~~ selamat datang dalam hidup Ummi & Daddy
buat Mak, Abah, Mama & Papa ~~~May Allah Bless You~~~ jasa kalian tak mampu dibalas

Vee..
ReplyDeletemacam seram je cerita sakit ni..
harap saya nanti pun dapat bersalin cara normal
nak rasa nikmat bersalin.... :)
peluk cium kat Baby Elaine ok... :)
*cantik nama baby* :)
nielam ^^
ReplyDeleteseram yer ^^ jgn risau.. sakit tu akan diganti dengan kebahagiaan ^^
vee doakan nielam dpt bersalin normal.. insya Allah
thanks ^^