Thursday, July 21, 2011

Usah Dikenang Kisah Yang Lalu

assallammualaikum wbt

masa lapang biasanya selain menulis blog & surf internet, vee suka meluangkan masa membaca buku-buku motivasi selain daripada novel-novel yang berlambak tue. motivation books nie sememangnya bagus untuk terapi minda & memberikan pandangan baru untuk kita berfikir, memberi pendapat & mengendalikan perasaan.



dalam kehidupan seharian, sebagai manusia biasa, kita x akan pernah lari daripada memikirkan masalah yang ada & juga masalah yang x ada. betul x? baru-baru nie vee ada terbaca artikel di suratkhabar yang banyak mempersoalkan mengenai perasaan dengan pasangan masing-masing. vee tertarik untuk berkongsi pendapat vee & rasanya hampir semua orang pernah mengalami perasaan yang sama ^^ harap-harap jawapan nie boleh diterima & vee cuba letakkan diri vee di tempat orang yang mengalaminya ^^

" saya seringkali merasa tidak "secure" dengan perasaan pasangan saya terhadap saya. saya berperasaan sebegini kerana saya bukanlah cinta  / kekasih pertama yang hadir dalam hidupnya. sebelum ini, dia pernah menceritakan tentang kisah cinta pertamanya atas desakan saya sendiri. sememangnya saya kurang senang lebih-lebih lagi mereka sebenarnya masih berkawan walaupun x serapat dulu. kadang-kadang kami sering bergaduh kerana hal ini kerana hati saya sakit bila mengenangkan perasaannya yang dahulu. saya merasakan yang saya hanya tempat dia melepaskan kesunyian & cintanya x sedalam seperti cintanya dahulu. dia menyatakan yang dia telah melupakan segalanya tentang hal yang lepas, malahan x ada sedikit perasaan yang tinggal. cintanya hanya untuk saya namun saya tetap x percaya & sering berasa sakit hati apabila mengenangkan hal itu."

unsecure
ehem... sakit hati dengan kisah cinta pasangan yang lepas-lepas yer? rasa-rasanya hampir semua orang akan mengalaminya kan? hehehe vee tersenyum jer bila baca statement kat atas tue sebab vee pun pernah rasa & mengalami perasaan yang sama.

sebagai pasangan, perasaan ingin tahu hal yang lepas-lepas terutamanya kisah cinta pasangan memang normal.. kita tahu yang kita akan sakit hati bila mendengarnya tapi nak juga tahu kan? bila dah tahu.. terus fikir bukan-bukan & selalu gaduh sebab perkara yang dah lepas.. salah saper sekarang nie??? @_@

pergaulan, masa & usia sememangnya mematangkan pemikiran kita. Cinta Pertama sebenarnya jarang membawa ke gerbang perkahwinan, lebih-lebih lagi kalau cinta pertama kita tue sebenarnya cinta monyet masa kat sekolah dulu..lagilah x bawa ke mana sebab kita pun masih remaja, fikir nak enjoy jer & x serius dalam segala perkara.  sebelum vee bertemu dengan Mr Hubby, vee pun ada jugak bercinta dengan beberapa orang yang lain. sampai vee sendiri terlupa sape cinta pertama vee yang sebenar-benarnya hehehehe betul nie.. vee x tipu. sebab bila vee dengan orang nie, vee mesti ingat dia tue cinta pertama vee tapi bila dengan orang lain, vee rasa dia pulak cinta pertama vee. (nampak sangat x serius kan =p)


then, bila bercinta dulu, vee x pernah tanya tentang kisah lepas diorang sebab vee x suka nak ambil tahu & xnak rasa sakit hati. masa tue vee just harap yang vee nie terbaik berbanding awek lepas diorang hahahaaha lucu jer bila kenang balik, memang x matang sungguh vee masa tue. tapi bila vee x tanya, diorang plak rajin nak bercerita hal lepas diorang dengan vee haissshhh x kan vee nak cakap

"awak..saya x mo dengarlah..cukuplah saya tau saya yang paling baik dalam hidup awak" 

so nak x nak vee tadah gak lah telinga nie mendengarnya. macam-macam cerita daripada orang yang berbeza. ayat standard yang vee akan dengar

" saya susah nak lupakan dia, tapi bila dengan vee, vee mengingatkan saya dengan dia sebab vee pun kuat merajuk macam dia, tue yang saya suka sangat nak pujuk bila vee merajuk"

 "saya pernah rasa nak bunuh diri bila dapat tahu dia tinggalkan saya untuk bertunang dengan orang lain"

"muka awak sebiji macam muka ex saya tue.. chinese look!"

pergh.. siyes vee boring bila dengar diorang cakap macam tue. tapi disebabkan vee nie malas nak bertekak, vee senyap & dengar jer luahan diorang yang langsung x menyeronokkan tue =p memang x seronok pun!  kalaulah vee boleh menjawab masa tue, mesti vee jawab macam nie

 " saya nie kuat merajuk macam dia , sebab tue awak suka kat saya, kalau macam tue, saya pun nak tinggalkan awak la, baru lah sama macam dia!"

 "bunuh diri semata-mata cinta??? kalau kita x panjang jodoh, agak-agak awak buat apa pulak yer ?? "

 "awak silap tengok nie...muka saya nie Korean look lah.. bukan chinese look.. lagipun muka awak x sama langsung dengan ex saya, macam mana yer?"

so, memang sakit hati bila kita dapat tahu tentang hal lepas nie, lagi-lagi bila dia bagitau betapa sayang & dalamnya cinta dia yang dulu-dulu. vee dulu xnak tau tapi diorang yang gedik nak bagitau. thats why lah vee pun xlama dengan diorang sebab asyik duk bagitau yang ex diorang call lah, mesej lah, nak ajak jumpalah, dah putus dengan pakwe baru lah, siap ada yang jumpa tanpa pengetahuan vee lagi. serius buang masa bercinta dengan orang macam tue.

tapi x semua yang pernah dengan vee buat perangai macam tue, ada jugak yang ok cuma x kekal sebab x ada jodoh & keserasian bersama. & kitorang still berkawan macam biasa (dalam fb je la yer).

bila vee bertemu dengan Mr Hubby , kitorang memang open minded & mungkin disebabkan persekitaran yang mematangkan kami, hal yang lepas x menjadi topik utama sangat, cuma bila ada masa terluang, baru vee bertanyakan hal lepas Mr Hubby. itupun Mr Hubby bagitau x ada apa-apa yang menarik untuk diceritakan sebab almost 2 years Mr Hubby single sebab x berminat nak bercinta. bukannya disebabkan kecewa tapi Mr Hubby malas nak bercinta dengan orang yang hanya suka-suka nak couple,  just suka-suka & x serius.  mustahil lah masa zaman belajar dulu, x ada yang jatuh hati dengan Mr Hubby kan... tapi sebab Mr Hubby malas nak sakitkan hati sesiapa , lagi-lagi yang salah sangka dengan hal lepas Mr Hubby.

tapi vee pulak yang berminat nak tahu tentang hal lepas Mr Hubby & disebabkan vee yang nak tau, sakit hati tue kena tanggung sendiri lah hehehe tapi bila difikirkan betul-betul.. sebenarnya bila vee bersama dengan Mr Hubby terutamanya, perasaan cinta yang kononnya wujud untuk orang yang sebelum Mr Hubby tue sebenarnya terus hilang dalam hati vee. x wujud terus! ini apa yang vee rasa lah kan & vee percaya semua orang pun macam tue, bila kita bertemu dengan seseorang yang serasi dengan hati kita, confirm hilang perasaan yang dulu-dulu tue, malahan kita akan realize yang kita sebenarnya x mencintai pun orang sebelum tue sebab kita boleh mencintai perasaan yang ada untuk orang yang bersama kita sekarang. ^^

kesimpulannya, vee rasa kita x perlu nak pening-pening kepala & sakit hati nak fikirkan hal yang lepas-lepas nie, sebab kita sendiri pun ada hal lepas kita kan. past is past. semua orang ada kesahnya yang tersendiri. kalau masih rasa x yakin, buat istikharah & minta petunjuk daripada Allah swt. itu yang indahnya tentang Islam, kita ada tempat mengadu yang paling terbaik ^^  vee dulu pun lakukan hal yang sama. vee buat istikharah bila hati vee terganggu & x tenang.


kalau kita terjumpa gambar-gambar lama yang masih tersimpan dalam simpanan lama pun, tanya elok-elok & rasanya normallah tue sebab kita pun pernah terrsimpan gambar kesah lama-lama kita kan. vee dulu, lagi beberapa hari nak kawen baru buang semua gambar & barang-barang yang berkaitan dengan hal lepas hehehe itupun bukannya vee selalu belek pun, bila mengemas baru vee jumpa & buang. gambar-gambar lak dah lama vee buang. bukannya apa, walaupun kadang-kadang kita rasa pasangan kita x kesah, tapi jauh dalam lubuk hati dia, siapa yang tahu kan.. lagipun x elok kalau orang lain tengok nanti heheehe.

itulah sedikit pendapat vee & sampai bila kita nak rasa sakit hati dengan hal yang lepas. nikmati kebahagiaan yang ada & percaya dengan pasangan masing-masing. percaya yang dia benar-benar menyayangi kita , kerana dia sayanglah, dia memilih kita sebagai pasangan nya. bukannya orang lain .  kalaupun dia masih berkawan dengan yang lepas, biarlah.. sebab kita pun masih berkawan dengan yang lain juga ^^

sesungguhnya selagi kita bergelar insan, hidup kita x pernah sempurna ^^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...