Monday, July 4, 2011
Pillow Talk
alam percintaan itu sememangnya indah. lebih-lebih lagi semasa hubungan itu masih segar & masih dalam proses mengenali antara satu sama lain. Quote di atas tue vee jumpa & edit sendiri kerana vee setuju dengan kata-kata itu. sebab kalau semasa kita bersama dengan seseorang yang kononnya kita sayangi, tetapi dalam masa yang sama kita jatuh cinta dengan orang lain.. dah jelas yang kita x betul-betul cintakan yang pertama tue kan... situasi pernah terjadi sebelum nie & vee memilih untuk bersama dengan insan yang benar-benar mengajar vee tentang erti cinta, kasih & sayang yang bukan hanya dilafaz tetapi datang dari lubuk hati ^^
bila hubungan cinta yang terjalin dibawa kepada ikatan yang lebih kukuh & halal di sisi Allah swt, ianya menjadi lebih bermakna kerana gelaran kekasih bertukar menjadi Suami Isteri. secara umumnya bagi pasangan yang belum berkahwin akan merasa sudahpun mengenali pasangan dengan sedalam-dalamnya. betulkan?
vee akui sebelum kawen, vee pun fikir yang vee cukup mengenali Mr Hubby namun bila dah hidup bersama, serumah, makan bersama-sama, sekatil & segalanya di depan mata.. masih terlalu awal untuk vee mengatakan yang vee mengenali pasangan kita sedalam-dalamnya.
masa kita bercinta, banyak perkara kita lakukan adalah lebih kepada keinginan sendiri ataupun keinginan pasangan sahaja. namun bila dah bersama, sikap untuk hanya berfikir demi diri sendiri x boleh di"apply" lagi sebabnya kita kena berfikir untuk keharmonian bersama.
kalau dulunya vee suka dipujuk setiap kali vee terasa hati... tapi bila dah hidup bersama, xkan nak merajuk setiap masa kan?? sentiasa mengharap suami untuk memujuk... x bolehlah macam tue.. dah depan mata pun nak merajuk bagai....tipulah kalau vee x terbawa-bawa sifat vee tue sehingga kini.. tapi xlah seteruk dulu kan sebab Mr Hubby pun malas nak layan sangat bila vee merajuk =p
drama pahit & manis dalam rumahtangga tue dah memang lumrah... x perlu disediakan skrip pun..memang akan berlaku.. so bila dah berlaku babak-babak yang kurang menyenangkan.. pilihan yang paling menjadi favourite untuk menyelesaikannya ialah dengan "Pillow Talk".
Pillow Talk bagi vee ialah baring bersama di atas katil & mula berbincang berdua dari hati ke hati. apa yang kita rasa.. apa isu yang kita x puas hati & terasa hati. bagi peluang kedua-duanya berbicara & meluahkan perasaan ..bila buat macam tue, barulah vee tahu apa yang silapnya pada vee & Mr Hubby pun tahu apa yang vee inginkan . then barulah Mr Hubby bagi pandangan & nasihat yang boleh mengubah perasaan daripada negative seperti sedih & terasa hati kepada perasaan yang tenang & menyenangkan hati ^^ bukannya masing-masing x mahu mengalah & berusaha untuk mementingkan diri sendiri tanpa bertolak ansur dengan pasangan.
Pillow Talk nie memang sesuai dipraktiskan oleh suami isteri supaya kita lebih memahami pasangan kerana sikap & kehendak manusia nie bukannya sentiasa sama.. sikap kita sering berubah-ubah mengikut masa, usia & pengalaman. so setiap masa kita kena sentiasa "update" pasangan kita. wajib untuk kita memahami pasangan demi keharmonian hidup bersama. macam yang vee bagitau sebelum nie.. kita masih belum kenal pasangan kita sepenuhnya selagi kita x hidup bersama dengannya.. malahan mereka sentiasa berubah-ubah kerana mereka adalah manusia , bukannya barang yang hanya statik & x berubah-ubah .. betulkan ^^
paling penting semasa Pillow Talk nie.. buka hati & mendengar . jangan nak "argue" luahan pasangan sebab bukan makin elok nanti.. makin jadi gaduh adalah. so, buka hati.. terima pendapat & mendengar luahan dengan penuh minat & berusaha untuk menerima. insya Allah masing-masing akan berakhir dengan senyuman. selalunya bila Pillow Talk berlaku.. terselit juga gurauan untuk menambahkan rasa senang & gelak ketawa ^^ banyak kali jugaklah kitorang tidur lewat dalam jam 4-5 pagi semata-mata seronok ber"pillow talk" nie heheehe bila dah ok.. boleh pulak kitorang imbas kesah-kesah dulu untuk menyemarakkan kembali rasa cinta antara kami ^^
hopefully bila dah ada anak-anak nanti.. vee & Mr Hubby akan menjadi Pillow Talk mereka & teman baik mereka ^^ x sabar nak tunggu saat tue ^^ amaran kepada yang lain.. Pillow Talk hanya sesuai dipraktiskan oelh Suami Isteri yang sah sahaja yer.. yang belum kawen.. jangan nak mengada-ngada nak "apply". nanti payah nak menjawab di dunia satu lagi ... renung-renungkan yer ^^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



hai vee...happy birthday kat hakim ok,=)
ReplyDeletedini agrees a lot with pillow talk solution....selalu solve masalahkan?=)
dini =)Hakeem said "thanks ^^" hehehehe pillow talk mmg convinience 4 hubby & wife kan ^^ lgpun boleh menambahkan kemesraan hehehehe
ReplyDelete