Thursday, March 27, 2014

Elaine & 3D block

assallammualaikum wbt =)

Kali nie Vee nak share cara Vee mengajar sambil bermain dengan Elaine.



Vee aritu ada bagitau yang Vee nak belikan Elaine A-Z , 0-9 3D sebagai bahan pembelajaran kan.. haa, dah beli dah pun =) kenapa mesti 3D blok? sebab Elaine ialah "visual" type.


Comel kan ? tapi Vee x bagi semua pada Elaine sebab kalau bagi semua, jadi bahan mainan semata-mata lah jawabnya, belum masuk bab bersepah lagi macam puzzle aritu  T_T so, Vee simpan semuanya dalam bekas tupperware (Thanks Nana sebab hadiahkan tupperware =) ) dann hanya keluarkan huruf A,B,C,D & E. Masa nak ambik gambar nie pun nyorok-nyorok dari Elaine.. kalau Elaine nampak & x bagi kat dia.. abeslah bergegar satu rumah dengan tangisannnnn.. T_T

Mula-mula ingat nak lekatkan kat peti ais tapi jenuh pulak Vee nak duduk dekat dengan dapur .. so Vee pun ambil jer white board kat butik & bawa balik rumah ~settle~


Walaupun Elaine baru 2 tahun, Vee rasa waktu nie lah usia yang paling sesuai untuk memulakan aktiviti home schooling Elaine =) sebabnya sel-sel otak banyak & pesat berhubung . Yer.. Vee tau ramai jer anak-anak sekarang yang dari baby pun dah kenal huruf.. xper-xper. Ummi pun kenal huruf masa Tadika umur 6 tahun, pandai sampai sekarang hihihihi Meh Vee share cara Vee mengajar sambil bermain di rumah. 

Vee: Elaine.. yang nie A.. B..C..D... E.. (Elaine akan sebut huruf tue sama-sama)

Vee : ok.. A colorrrrr.. (tangan tunjuk kat A)

Elaine : yennn!!

Vee : Good job!! ( tanya benda yang sama pada semua huruf)

Hari seterusnya.. bila Elaine dah agak bosan nak sebut benda yang sama jer, Vee pun akan perah otak kreatifkan diri fikir cara nak tarik minat Elaine

Vee : Elaine.. Ummi nak huruffff E!! mana? mana? (Elaine akan rasa yang Ummi x tau apa-apa so minta tolong dengan dia)

Elaine : (ambil huruf E) nieee!!! Ummi..nah!

Vee : (excited) wahhhhh.. nie huruf E!! Color?

Elaine : Lueeeee!!!

Vee : (bertepuk keriangan) Pandaiiiiii!! Ummi nak huruf C, mana..mana?? (buat benda yang sama pada semua huruf)

hari seterusnya bila Elaine macam x berminat , perah otak lagi dengan bersembang plak.

Vee ambil majalah Mami & Baby & belek-belek depan Elaine.

Vee: Elainee.. tengok nie.. samalah huruf nie dengan nie (tunjuk kat huruf A).. sama x?

Elaine : (teruja) maa..amaa ..A!!

Vee : lagi? lagi..? mana A? (minta Elaine cari huruf A dalam majalah)

Elaine : niee mie! A! yeayyy..

Vee: wahhhh.. terrer nya anak Ummi.. owesome!! (high 5 dengan Elaine)

Pastu hampir satu majalah tue kitorang belek untuk cari huruf A,B,C,D & E. 

Bila keluar jalan-jalan..masa dalam kereta & Elaine pun mood tengah excited.. Vee akan tanya

Vee : Elaine.. yang tue color apa? Elaine.. nampak x huruf A?

So Elaine akan excited menjawab apa yang ditanya. Walaupun kadang-kadang Elaine salah jawab sebab x ingat .. Vee terus bagi galakan dengan bersorak & betulkan balik. Biasalah kalau Elaine masih x ingat huruf-huruf tue sebab masih baru belajar =)

Kelakar jer bila Elaine jawab "ermmmm.... apa? apa?" bila x ingat color atau huruf yang ditanya hehehe

Tapi.. Vee hanya mengajar Elaine waktu Elaine tengah fokus bermain & mood tengah ok jer, kalau time mood x okay & asyik nangis jer.. jangan haraplah Elaine nak melayan apa yang Vee cakap, jadi gaduh jer nanti huhuhu

Harapnya minggu depan dah boleh tambah huruf F,G,H,I & J plak =) Aja-aja Fighting!!! Potty training dah bermula juga .. kalau rajin, Vee share =)

P/S : Next entry nanti nak share pasal Elena.. asyik Elaine jer.. ada yang majuk kang hehehehe

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Isnin depan nie last day untuk bulan Mac.. Jom rebut peluang beli ESP dengan harga yang berbaloi-baloi & Percuma Shaker =) Jangan risau.. Vee akan guide korang sehabis baik ^_^


kenapa mesti ada ESP di rumah anda? meh baca kat sini


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...