Assallammualaikum wbt
Innalillahiwainnailaihirajiun..daripada Allah kita datang, kepada Allah jua lah kita kembali. ~Al-fatihah~
Sebenarnya Vee antara orang yang terlewat tahu tentang berita pengesahan yang MH 370 memang berakhir di lautan Hindi. ='(
Sebabnya, lepas pukul 8.30pm, anak-anak dah merengek nak tidur selepas seharian keluar berjalan.
So.. bila kepala pun landing sama-sama atas bantal.. sedar x sedar terlelap sekali sampailah lebih kurang pukul 2.30am Vee terbangun sebab Elaine menangis nak susu & Elena merengek sebab kakak bising.
Mata jadi segar balik & sambil bf Elena.. tangan mula sibuk belek hp & fb. Terus perasan status kat fb banyak ucapan takziah untuk penumpang MH370.
Vee terus tanya Mr Hubby yang dah terlelap "Sayang.. MH dah jumpa ke? Memang terhempas? Bila PM announce?"
Mr Hubby just jawab "emm.. kul 10". Terus senyap. Vee pun terus baca kat fb & perasaan jadi sedih yang amat sangat. :(
Entahlah.. Vee terbayang-bayang macammana la keadaan penumpang-penumpang tue saat-saat menghadapi keadaan yang x disangka . Dengan ada anak-anak kecil lagi.. Allahuakbar.. semoga keluarga penumpang kuat semangat & tabah menerima ketiadaan orang yang mereka sayang...
MH 370...sesungguhnya kamu sentiasa di hati kami...
~al-fatihah~

No comments:
Post a Comment