Tuesday, October 11, 2011

dah 35 minggu rupanya ^^ Boboy or Gegurl?


petang semalam vee teman Mr Hubby gie uruskan umah yang baru dibeli aritu. then masa dalam perjalanan, singgah beli air kelapa muda.. bila dah minum terus perut vee sakit & vee rasa x seronok nak biarkan macam tue jer. so Mr Hubby bawa gie Klinik Noriha after settlekan urusan rumah.

kitorang ke Klinik Noriha sebab vee lebih selesa berurusan dengan Dr Noriha, vee leh kongsi cerita macam-macam & kebetulan Mr Hubby consultant untuk Dr Noriha. so lepas vee luahkan apa yang vee rasa dengan perut vee, Dr terus ajak scan untuk tengok keadaan perut vee & juga scan Baby untuk tahu baby Boboy or Gegurl.



finally dah tau dah My Lovely Baby nyer jantina ~~yeay~~ tapi vee rahsiakan dulu dari teman-teman yer ^^ hehehe


 oh ya.. agak mendebarkan sebab mengikut saiz Baby masa scan semalam..My Lovely Baby arini dah masuk 35 minggu!!! wah... macam lagi cepat nie. dah lah dalam masa seminggu nie vee dah mula rasa konstraksi sket.. alhamdulillah kedudukan Baby pun normal.. x sabarnya nak tunggu Baby keluar ^_^

tadi masa vee roll post FB kawan-kawan, vee jumpa lak link yang sangat menarik ^^ kredit


PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA: Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.



Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.” 

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”


Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”


Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu
~LB~

4 comments:

  1. vee,tak nak share ngan dini ke sayang...ehehe,pm me k,=)....semoga vee lancar urusan....dini dah dok ngan esma dah now ni,hehe...seronok le vee dpt dekat,mcm vee ngan akim,=).take care my dearest,=)

    ReplyDelete
  2. dini =) nnt vee pm dini k. best kan dpt duduk bsama.. leh gurau2..leh gaduh2 manja hehehehe

    ReplyDelete
  3. nina =) da penah upload b4 nie.. tgk lah hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...