Selesaikan urusan Allah, Allah akan selesaikan urusan kita.
Apabila dihayati kata-kata hikmah ini, terfikir ada benarnya. Sebagai manusia biasa, kita tidak lagi dari dibelenggu masalah, tidak kiralah apa jenis masalah. Dan selalunya kita akan mengeluh dengan masalah itu, memikirkan pelbagai cara untuk menyelesaikannya.
Pernah tak kita terfikir untuk menyerahkan pada Allah untuk membantu kita menyelesaikan masalah itu?? Bagaimanakah caranya?? Cuba perhatikan balik ayat di atas. Masih x faham? Vee cuba untuk jelaskan mengikut fahaman vee.
Sebagai hambaNya, kita sememangnya wajib menyelesaikan urusan kita dengan Allah. Antara urusan kita dengan Allah, mudah sahaja iaitu berpandukan 5 Rukun Islam dan 6 Rukun Iman... Solat 5 waktu dilakukan dengan penuh khusyuk dan ikhlas, puasa dijalankan dengan penuh keinsafan, sedekah seikhlasnya dan sekerap yang mungkin walaupun sedikit..berbuat baik sesama manusia & ciptaan Nya.. insha Allah, segala masalah yang kita hadapi akan dibantu oleh Allah untuk menyelesaikannya dengan cara yang paling baik.
Vee bukanlah berniat untuk menasihati sesiapa, kata-kata hikmah itu merupakan kata-kata baru vee pelajari dan vee cuba serapkan dalam hati vee. Jadi, vee rasa x salah untuk berkongsi dengan yang lain. Lebih banyak ilmu dikongsi, lebih banyak pendapat boleh dikongsi bersama-sama.
Lagipun bila vee dah fahami kata-kata hikmah nie, insha Allah vee berusaha melengkapi urusan vee dengan Maha Pencipta vee. Sebagai insan biasa, seringkali juga tergelincir dari landasan yang telahpun diaturkan oleh Nya. Mudah-mudahan apa yang vee kongsikan nie membantu kawan-kawan terutama bila menghadapi masalah ^_^ insha Allah..

No comments:
Post a Comment