Thursday, October 10, 2013

Temujanji Doktor untuk 34 minggu & aktiviti Ummi & Elaine

Assallammualaikum wbt :)



Alhamdulillah hari nie dah settle perjumpaan dengan Doktor di Dengkil & siap sekali dengan temujanjji dengan Doktor Pakar di Hospital Serdang.

Tadi, masa jumpa Doktor Piya di KK Dengkil, Macam biasalah scan My Baby & ready untuk surat ke Hospital Serdang. Masa baring untuk scan, Doktor siap cakap "wah, comel jer perut awak nie" . Biasalah tu, perut Vee nie awal trimester bukan main lgi ke depan, then masuk jer trimester akhir.. Memang rileks jer besar macam tue (x membulat ke depan) .. Senang nanti jaga perut time pantang hehehe

Then, scan baby & alhamdulillah berat baby dah pun bertambah 2.44kg .. Fuhhh lega. Tapi berat Vee turun sekilo iaitu dari 73 kg ke 72kg dalam tempoh 2 minggu. Xper.. Janji baby sihat kat dalam ni :) Doktor check air ketuban & bagitau "biasanya perut kecik sebab air ketuban kurang tapi awak punya air ketuban, ok jer.. Berat baby pun ok". 

Then, masa buat surat untuk rujukan ke hospital Serdang, Doktor check my BSP dan HBA1C..result semuanya ok dan xde gaya pun macam ada GDM.. So keputusannya Vee x perlu bersalin awal 2 minggu (lega) tapi tetap kena bersalin sebelum due iaitu 18/11/13 tu, baby dah keluar. Xpe Doktor..masuk jer 36  minggu, saya akan aktif berjalan dan naik tangga demi melahirkan baby secara normal tanpa paksaan ^_^

kitorang terus ke Hospital Serdang untuk buat temujanji dengan Doktor Pakar. Punyalah ramai orang terutamanya ibu-ibu mengandung.. Rasanya dirang nie kalau Vee bagitau yang Vee nie peknen dah 8 bulan lebih, mau terkejut sebab perut kitorang beza sangat bosar nya :)

Nasib x perlu tunggu terrlalu lama, Doktor bagi temujanji pada 11/11/13 .. Terus Vee cakap "eh.. Nak dekat bersalin baru jumpa ye? ". Nurse bagitau " sebab result GDM awak ok jer, xde masalah. Tapi kalau awak bersalin awal, x payahla datang ". 

Then.. selain al kisah baby nie.. Vee share beberapa gambar bersama anak dara yang manja, Elaine :) nie lah antara aktiviti kitorang bila dah xder benda nak buat hehehe







Best kan bila ada anak nie terutama anak dara yang manjaaa macam nie hehehe bila tengok dalam gambar Elaine memang iras Vee tapi bila orang jumpa kat luar, ramai yang cakap macam Mr Hubby .. nak buat macam mana, dah muka Vee & Mr Hubby kan seirassss (orang yang kata yer hehehe)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...