Tuesday, October 29, 2013

Kenapa Bloody show dah turun????

assallammualaikum wbt



sekarang nie Vee dah pun masuk 37 minggu.. kalau ikut due, lebih kurang lagi 3 minggu lagi baby keluar. Disebabkan dilema yang dialami... Vee xtau nak fikir apa dah.. ingat kalau My Baby keluar seminggu sebelum tarikh interview, baru Vee call SPA untuk tangguhkan sessi interview Vee ke fasa seterusnya.. kalau x, insyaAllah cuba bertahan sampai lepas interview hahaha macam boleh jer nak tahan-tahan baby dari keluar. Buatnya masa tue Vee dah start contraction.. mau berkerut-kerut depan penemuduga menahan sakit, itu kalau tahan.. kalau x.. hahhh.. ada yang jadi bidan terjun time tue :p hihihihi

Vee bukan apa.. sayang tau kalau terlepas interview PTD nie . Antara jawatan yang memang Vee minat & tunggu-tunggu selepas Vee graduate lagi. Cuma dulu banyak Vee skip exam PTD sebab kekangan kerja masa tue.. bila Vee dah kahwin, barulah Vee serius & melalui semua fasa/ peringkat yang telah ditetapkan.

Ok, entry sebelum nie Vee bagitau Vee dah turun darah / bloody show kan? Bagi sesiapa yang x tau tanda-tanda bersalin.. meh Vee copy paste yer dari Baby Center

Bagaimana saya tahu saya sudah hendak bersalin?

Simpton mahu bersalin adalah berbeza untuk setiap wanita dan menentukan titik mulanya adalah mustahil. Ia merupakan satu proses iaitu apabila beberapa perubahan dalam badan anda bekerjasama untuk membantu kelahiran bayi. 

Dalam peringkat awal kelahiran, yang juga dipanggil fasa terpendam, anda mungkin rasa perkara-perkara berikut:

  • Sakit yang teruk pada bahagian bawah belakang atau pada bahagian abdomen, selalunya disertai oleh rasa kejang seolah-olah senggugut. 

  • Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Ia adalah tanda yang proses kelahiran sedang berlaku.

  • Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.

  • Air ketuban anda pecah tetapi proses kelahiran hanya berlaku jika disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda.




 So, Vee sebenarnya nak bagitau kenapa bloody show tue keluar sebenarnya..:p Sehari sebelum tue.. kaki kiri Vee punyalah sakit ya amat, sampai nak gerak pun susah. tapi masa tue Vee x heran sangat sebab sakit kaki tu dah lama Vee rasa sejak beberapa bulan. Tapi dalam masa yang sama.. Vee sebenarnya sakit perut terutama sebelah kiri.. tapi Vee x perasan sangat sebab sakit kaki lebih terasa masa tue.

Then, Vee call Makcik Sarawak untuk datang mengurut Vee malam tue. Masa kaki kena urut, baru Vee perasan baby asyik mengeras & terasa sakit sangat kat perut bahagian kiri.

lepas berurut, Vee perasan Baby asyik mengeras dengan kerap & dalam masa yang sama, perut Vee sebelah kiri terrrramat sakit sampai nak gerak pun susah. Vee syak dalam hati yang Vee mungkin kena kencing kotor sebab sakit tu xde timing (satau Vee, contraction ada timing).

Vee tahan jer sampai esok pagi.. memang dalam jam 3 am & 5am, Vee xleh tidur sebab sakit. Vee jalan-jalan kat ruang tamu sorang-sorang walaupun dalam hati terfikir yang Vee nie sakit bersalin ker or kencing kotor. Lagipun Vee xder turun tanda apa-apa.. so xdelah Vee rasa macam Vee nie nak bersalin lagi.

Pagi-pagi.. kejut Mr Hubby suruh mandi sebab Vee nak ke Hospital Serdang. Lebih kurang jam 10am, kitorang ke Hospital Serdang & Vee terus masuk ke dalam untuk pemeriksaan.

Macam biasa, lepas ambil BP & air kencing , diorang terus buat CTG & alhamdulillah everything ok. Thennnnn.. datang lah Doktor yang tanya macam-macam & minta izin Vee untuk V.E atau pun seluk =_=".

Tapi memang bernasib baik sebab x sakit langsung doktor tu seluk, Sah-sah lah jalan x buka lagi.. then datang Doktor Pakar untuk periksa Vee sekali lagi. Bila doktor tu usik perut belah kiri, menjerit kejap Vee sebab memang sakit!! Doktor seluk sekali lagi & scan perut Vee. Alhamdulillah Baby ok & kedudukannya memang kat bawah tapi belum masanya lagi untuk bersalin sebab belum ada jalan lagi.

Lebih kurang tunggu dalam sejam lebih (lamaaaanyerrr) , keputusan keluar tapi sebelum tue diorang minta Vee buat ujian air kencing sekali lagi. hambik... bukannya kencing jer keluar.. darah berketul-ketul keluar :p

Keputusannya.. memang Vee terkena jangkitan kuman dalam air kencing . kencing kotor la tue.. nie lah padahnya bila terrlalu suka minum air kopi, teh & nescafe huhuhu air kosong langsung xnak minum.. kan dah sakittt lagi.

Haa.. sebelum balik, Vee dah sedia maklum yang bloody show tu dah pun keluar tapi sebab seluk lah hehehe bukan keluar sendiri..  bolehlah ready bila-bila masa :D

Sekarang nie, setiap kali ke bilik air memang ada lendir berdarah tue... x banyak tapi ada. tapi biasalah, orang kata kalau dah keluar tanda lendir berdarah tue.. ambil masa gak untuk bersalin berbanding pecah air ketuban.

Alhamdulillah sakit di kaki dah hilang.. tapi berganti dengan sakit di bahagian bawah rahim setiap kali berjalan. Doktor cakap sebab baby dah turun. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...