Friday, October 4, 2013

Set Bersalin NR dan lain-lain

assallammualaikum wbt :)

Alhamdulillah akhirnya Set Bersalin NR dah pun selamat ke tangan Vee ^_^ Semoga terlaksana segala impian Vee untuk mencapai 50kg lepas bersalin ni ~InsyaAllah~~



Set nie harganya RM 365 di pasaran, tapi sudah semestinya Vee survey terlebih dahulu kan sebab mahal wehhhh!! Cari punya cari akhirnya jumpa beberapa orang yang jual dengan harga yang murah + siap dengan freegift lagi. 


So, dapatlah Vee set Bersalin NR nie dengan harga RM 300 beserta free gift iaitu Barut Baby, Tungku Baby, Pati Halia dengan Limau Nipis, Param & Telon Baby ^_^ bolehlah daripada beli kat stokis yang x dapat apa-apa kecuali diskaun RM 10 jer :p Walaupun masa nak bayar tue agak menggigil gak sebab 1st time beli online barang-barang mahal nie :p takut kena tipu hehehe RM 300 tue.. dah lah Mr Hubby yang belanja..

Aritu Vee ada bagitau kenapa Vee pilih set nie.. sebab utamanya ada Phyto Natal tu :) kalau dalam pantang, penting sebab melawaskan pembuangan air besar .. biasanya lepas bersalin, part nak membuang tue yang menakutkan sebab takut jahitan terbuka & pedih.. then bila perut mudah lawas, mudah jugalah untuk lemak-lemak tu terbakar sebab metabolisme menjadi aktif (teori sendiri nie hehehe)

Selain dari set nie..beberapa keperluan semasa berpantang dah pun ada. Dan yang paling penting walaupun dah ada set bersalin, Losyen Pati Halia & Limau Nipis tu wajib ada hehehe walaupun bukan jenama Mustajab ..errr Vee pernah pakai Mustajab tapi panas jer lebih, lemak masih gak melekat =p .. Masa berpantang Elaine dulu, Vee guna jenama yang sama macam kat gambar tu (Green Herbs rasanya...) bagi Vee memang berkesan & nampak perubahannya. Murah pun murah sebab beli kat Mydin jerr =) yang Losyen Yusmira tu Vee dapat percuma jer sebab beli Set Bersalin NR tue. Buat apa nak membazir beli Felinna or Mustajab.. sama jer kesannya :)


Then, Vee kan pernah bagitau yang Vee dah pernah beli Bidadari dcl.. masih ada lagi dalam peti ais sebab x sempat nak abeskan dah pregnant. Kesan Vee minum Bidadari dcl memang bagus. So insyaAllah lepas 3 minggu pantang nanti, Vee minum semula Bidadari tu untuk menjaga kecantikan dalaman. Biasalah peranan Bidadari kan untuk mengembalikan "keanakdaraan" kita.. ehemm... faham-faham jelah, segan Vee nak terangkan lebih-lebih =p


Cukup bercerita tentang set bersalin nie.. sedikit celoteh tentang persiapan menyambut orang baru x lama lagi =) Setakat nie semua baju-baju My Baby dah pun lengkap & siap dicuci & tersusun cantik dah. Keperluan My Baby pun dah lengkap.. even cadar baru khas untuk tilam baby pun dah beli sebab kononnya nak bagi color lain sedikit berbanding masa Elaine dulu hahaha sudahnya bila scan.. jantina sudah tukar.. xpelah, yang penting My Baby selamat dilahirkan & dapat memeriahkan lagi family kitorang ^_^






ahhhh.. serius x sabar nak tunggu My Precious Baby nie keluar :) Elaine pun sama.. asyik panggil jer nama adik dia.. "Baby..baby..." sambil cium perut Vee :) Alamakkkkkk.. nama Baby x jumpa lagi T_T

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...