Monday, September 2, 2013

Checlist Penting untuk Ibu & Anak

assallammualaikum wbt.

gigih menelaah kembali segala keperluan baby & Vee untuk di hospital & selepas bersalin :p hambik. anak dah masuk no 2 , baru terhegeh-hegeh nak menaip kat blog sendiri. senang nak rujuk untuk anak-anak seterusnya :)


actually, Vee xdelah rasa nak uruskan semua benda tu buat masa sekarang sebab rasanya masih awal lagi tapi Mr Hubby yang beria-ia suruh semak segala keperluan Vee & Baby.. dia pulak yang excited terlebih nie :p Vee ingat bila dah masuk 9 bulan baru nak siapkan semua benda sebab bukan banyak pun yang nak kena beli.. barang-barang Elaine masih lagi boleh digunakan kecuali beberapa helai baju yang terlebih keperempuanan.. ehhhh terrlepas plak ^_^

tapi ada gak selamba jer baju-baju newborn yang color pink tue akan dipakaikan untuk baby.. layan je lah baby oii hahahaha bukan orang tengok pun sebab akan dibedung sepanjang baby bergelar newborn :D

Keperluan IBU di hospital ( letak dalam beg siap-siap)


  1. Buku Merah -wajib
  2. telefon & charger - penting tu.. kot-kot kena tahan wad, nak lepas rindu kat Elaine & Mr Hubby, surfnet ke.. paling penting ambik gambar hahahah
  3. t-shirt longgar - actually guna masa nak keluar wad sebab biasanya hospital akan bagi uniform pink .
  4. stokin - wajib terutama selepas bersalin.. terus mula sesi pantang kannn
  5. kain batik - pun biasanya dipakai masa nak keluar hospital nanti
  6. anak-anak dalam  - faham-faham lah yer.. tapi pastikan yang memang khas untuk maternity kerana selesa
  7. peralatan mandi - Vee kongsi dengan baby jer.. penuh beg nak bawa banyak-banyak
  8. selipar
  9. termos - wajib untuk Vee yang suka nak minum jer setiap masa :D
  10. bekalan makanan - kurma, biskut, 3 in 1, untuk mengalas perut & melayan anak tekak
  11. sweater - wajib gak sebab malam-malam sejuk tau
  12. sikat, bedak, getah, deodorant, perfum
  13. maternity pad - sebungkus besar / sederhana
  14. towel, berus gigi, pencuci muka, ubat gigi
  15. Al-Quran, Yassin & majalah / buku - untuk hilangkan rasa bosan bila kena tahan wad
  16. tudung / shawl

Keperluan BABY di hospital ( letak dalam beg skali)

  1. pampers newborn - bawa 10 helai walaupun biasanya dapat percuma selepas bersalin
  2. baju 3 helai
  3. sarung tangan & kaki 3 -4 pasang
  4. kain / selimut bedung yang siap-siap ada penutup kepala - senang x payah nak pakai topi
  5. mandian baby
  6. bedak, minyak telon baby
  7. baby wet tissue - wajib bawa yang travel sebab kadang-kadang baby poo-poo banyak kali
  8. barut
  9. plastik - untuk baju kotor Vee & baby

Keperluan IBU semasa berpantang 

  1. stokin - wajib pakai kecuali semasa mandi
  2. baju lengan panjang - wajib sebab xleh nak sejuk sangat
  3. tungku - vee guna bata merah jer sebab lagi best berbanding tungku moden.. x feel
  4. kain batik - pakaian wajib setiap hari
  5. bengkung - wajib pakai demi mendapatkan perut kempis :)
  6. maternity pad 
  7. minyak kuning - letak kat pad untuk cepatkan sembuh luka jahitan.. mula-mula rasa pedih sket
  8. param / pilis - elakkan angin masuk ke badan
  9. minyak panas 
  10. krim kempis perut - biasanya vee minta Mr Hubby sapu dekat perut & belakang bahu sebelum pakai bengkung.. nak kurus cepat kannn
  11. Herba Mandian - Vee suka pakai serai wangi, segar sangat lepas mandi + wangi
  12. Sirih & asam keping - air rebusan untuk cuci selepas membuang air kecil & besar

Keperluan BABY 
  1.  Tab Mandi - wajib sebab senang nak mandikan.. boleh guna dari anak pertama & seterusnya
  2. Bengkung - wajib pakai sampai 3 bulan
  3. kain bedung
  4. minyak telon - supaya x kembung perut
  5. minyak pusat - biar pusat betul-betul kering & luruh cepat
  6. Peralatan mandian 
  7. pencuci khas untuk pakaian bayi
  8. Kipas Kecil

cukup dulu setakat nie :)

1 comment:

  1. Kalo pakai skirt pon boleh kn, eta benci betol kena pakai Kain batik

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...