Saturday, February 5, 2011

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga



ini lah wanita yang telah melahirkan vee ke dunia ini & menjadi satu-satunya anak perempuan dalam keluarga ini ^^

actually pic nie memang fresh dari ladang sebab inilah pic terbaru vee bersama mak :)



cuba tengok betul-betul.. sama x iras muka vee dengan mak?? ramai yang jawab "x sama" T.T sebabnya vee banyak mengikut wajah sebelah abah. abah adalah sabahan yang berdarah campuran Bisaya + Cina. so sangat ketara mata vee nie "korean" look  hehehe kulit pun ikut abah, idung.. kecik sket dari mak tapi x dapat nak mancung macam abah T.T, mulut vee memang kecil dari mak, kening pun halus panjang, x sama macam mak gak. dagu pun lain..badan.. alahaaaiiii nie x tau saper punya baka sebab mak & abah vee kurus & slim jer.. vee dulu sebelum jumpa Mr Hubby, berat vee paling berat pun 55kg jer tau. tapi bila kami berchenta & "sherashi bershama".. badan dah macam di pam-pam .. mulat suda muka ku ini.. T.T

abah & anak2 lelakinya



yang nie pula vee nyer Sister in Law (SIL) yang bernama Siti Norhafizah. suami dia yang pakai baju itam ada lukisan neck tie tu.. diorang nie kawen pada 12 Julai 2009. anak kelahiran Jawa & seorang yang rajin ^^. oh ya.. nak tau umur vee?? baru 24 tahun ..apalah korang nie hahahahahaha

anyway, kitorang ber camwhore before gi makan ikan bakar kat Bagan Lalang, Sepang .


sotong goreng tepung yang memang menggiurkan ^^


malam tu kitorang order ikan pari bakar jer sebab kitorang hanya berempat jer gi makan, then vee kena pantang xleh makan terubuk selama setahun.. T.T 


itu jer menu kitorang, simple & delicious ^^ thats why vee dah bagitau yang vee xleh nak mulakan mission vee untuk berdiet time cuti sebab cuti = makan @_@ 

anyway, sayangilah ibu bapa kita kerana tanpa mereka, kita takkan membesar dengan cantek/ hensem & menjadi kita pada hari ini. ingat!!! Syurga di bawah telapak kaki ibu & kaki suami (bagi wanita yang bergelar isteri.

oh ya, x silap vee, vee ada lah terbaca status kat FB yang dok mengomel kononnya dia kurang senang melihat kemesraan teman-teman FB yang suka nak upload picca yang mesra-mesra antara suami & isteri. laaa..apahal lak minah sorang nie, meroyan aper?? dah namapun suami isteri, halal & x salahpun.. bukannya upload picca yang berpelukan berlebih-lebihan pun, cuma pegang tangan & duduk rapat-rapat jer.. alahaiii.. kalau vee cakap dia nie jealous kang, tersentap la plak tapi itulah manusia, ada perasaan dengki melihat kebahagiaan orang lain. abes tu yang dia duk galak upload picca yang ntah apa-apa & menyakitkan mata, rileks jer orang lain x komen dia? orang malas nak cakap lebih-lebih, nak tegur ..umur rasanya dah tahap umur yang dah boleh mengendong anak.. berfikir & berkata-kata tu biarlah matang & seiring dengan usia. bukannya berkata-kata ikut sedap mulut & sentiasa nak cari salah orang lain. hidup nie terlalu singkat untuk berasa sakit hati, lebih baik diisi dengan perkara yang membahagiakan & menyenangkan di dunia & akhirat.

sabda Rasulullah saw yang bermaksud "TIDAK BERKUMPUL DI DALAM HATI SEORANG MANUSIA ANTARA IMAN & DENGKI" Riwayat Ibnu Hibban & Al-Baihaqi

sesungguhnya sebagai manusia, kita memang x  pernah sempurna.....

4 comments:

  1. aii vee...

    thanks comment sha.
    comel vee igtkan lom kawen lg...

    insyaallah rezeki vee plak nnt menimang cahaya mata.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...