Thursday, February 3, 2011

Sombong sangat ker sampai xmo join contest orang lain???

wah, harini cuti!!! ^_^ mesti ramai teman-teman yang dah berada di kampung halaman kan. vee masih lagi di KL bersama Mr Hubby & esok baru nak gerak ke kampung sebab my mum arini sedang bercuti di Cameron Highland ^_^ best nya

anyway, mesti ramai blogger yang tertanya-tanya kenapa vee jarang buat entry tentang "contest" or "give away" or "segmen". bukannya vee xmo join tapi vee kekurangan waktu untuk membabitkan diri vee ( huhuhu skema seh ayat vee nie) maaf sangat-sangat pada teman-teman yang telah men"tag" vee tapi vee x dapat join. macam yang vee katakan sebelum nie, 2011 adalah tahun yang membuatkan diri vee busy & banyak mendatangkan rezeki Insha Allah & begitu juga tahun-tahun seterusnya ^_^ insha Allah bila vee ada kelapangan, vee usahakan jugak untuk join semua tu yer ^_^


sekarang nie vee dah kembali pening & kelam-kabut untuk menurunkan berat badan yang dengan mudahnya naik selepas penat berpantang ~~cesss~~~ dalam masa sebulan lebih jer huhuhu vee bukannya nak diet sampai merana cuma nak bagi badan nie fit & stamina yang kuat sket sebab nak prepare untuk program ujung bulan Mac nie. 

vee rasa vee nak amalkan kembali pemakanan vee masa vee berpantang sebelum nie sebab memang mendatangkan manfaat yang besar uantuk diri vee. bagi teman-teman yang ingin mencuba, wajib letakkan halia & black pepper ke dalam lauk pauk yer sebab dalam masa 2 minggu jer vee amalkan masa pantang, vee punya badan terus ok & xla chubby macam nie heheheehe ~~frust~~ xleh nak salahkan orang lain sebab vee yang memang suka nak makan macam-macam.. haissshh

oh ya, bulan Mac merupakan bulan yang paling vee suka sebab pada bulan Mac lah vee dilahirkan & vee disandingkan ^_^ so vee berharap sangat dapat melalui program tue dengan penuh jayanya & dapat ke peringkat seterusnya & menjadi seseorang yang memang vee impikan. ini harapan vee, Mr Hubby & seluruh ahli keluarga vee . insha Allah dengan izin Nya ^_^


ada juga yang bertanya adakah vee merancang lagi untuk pregnant? sejujurnya vee x pernah merancang & bila Allah kurniakan "rezeki terindah" tue untuk vee & Mr Hubby, vee terima dengan penuh perasaan bahagia. lambat atau cepat tu, bukan kerja vee. semuanya di tangan Allah swt . bagi mereka yang SUKA nak bertanya / berkata-kata " x pregnant lagi ker?" "korang dah nak masuk setahunkan, x de isi lagi ker?" & macam-macam lagi soalan. vee hanya jawab dengan senyuman & gelak ketawa jer sebab korang dah mempertikaikan kerja Allah swt.. astaghfirullahalazim..... Allah lebih tahu mana yang terbaik buat hambanya yang kecil ini ^_^


buat masa nie bagi can la anak buah vee yang manja nie bermanja puas-puas dengan vee & Mr Hubby sementara kitorang masih berdua nie hehehe bukan bermaksud kalau vee ada anak nanti, vee dah x manjakan Sofeya. Sofeya masih dimanjakan & akan dibawa ke sana sini hehehe cuma bila dah ada baby, baby kan memerlukan perhatian yang lebih terutama dari Mummy & daddy nya ^_^ 

nanti Sofeya dah besar & dah boleh membaca blog Auntie, Sofeya harus tahu yang Auntie memang sayangkan Sofeya macam anak Auntie ^_^ xoxoxo

oh ya, rumah Kazen vee yang berada di Johor agak terjejas teruk akibat banjir. kesian diorang. semoga banjir kali nie mendatangkan seribu hikmah terutama mereka yang mengalaminya. banyakkan bersabar yer.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...