assallammualaikum wbt
x lama lagi Elaine Medina akan melangkah ke usia 4 bulan.. time untuk tumbuh gigi pula ~~yeay~~
seronok & bahagia sangat melihat perkembangan sang puteri nie depan mata ^_^ memang kalau boleh vee nak mengikuti perkembangan sang puteri nie setiap hari.. insya Allah
Elaine Medina dah semangat terutama bahagian pipi hehehe itu pun 100% menyusu badan.. x campur apa-apa pun. kalau da mula makan nanti... harapnya x naik banyak sangat lah anak Ummi nie..
oh ya, apa yang vee perasan setiap kali kitorang bawa Elaine Medina nie jalan-jalan.. mesti ada yang menegur & menyapa Elaine.. tapi Elaine Medina da kenal orang, so memang buat muka bila orang luar tegur dia hehehee aduyaiiii.. jual mahal sungguh. even dengan Tuk Mak & Tok Tok dia pun, Elaine leh nangis bila kena ambil hanya kerana x jumpa beberapa hari .
sekarang nie, Elaine Medina dah sibuk nak meniarap jer.. pantang tinggal kejap, dia dengan sendirinya menggulingkan badan & tadaaa.... in meniarap position dah =)
baru-baru nie Elaine terkena selsema sket, maybe sebab cuaca yang selalu hujan nie.. so malam-malam memang kena tidur berselimut sampai ke dada & pagi-pagi bila ada hingus jer.. kenalah sedut guna penyedut hidung tue.. aduhaiiii.. vee rela vee yang sakit daripada Elaine tapi bila Elaine sakit, biarlah vee sihat supaya mampu menjaganya dengan baik.. insya Allah
masa nie bawa Elaine Medina jalan-jalan dekat IOI Mall , Puchong. and she really love camera like camera love her much too!! bukan main lagi senyum nya =)
aktiviti Elaine bila bangun awal pgi.. kena layan dia dengan video-video yang menyegarkan minda =) iPad la yang jadi mangsa.. khusyuk jer sang puteri nie bila melayan video..
![]() |
| via Instragram iPhone 4 |
antara video kegemaran Elaine Medina ialah Hello Kitty song, ABC'S song, Alif Ba Ta's Song, Twinkle2 Litle Star & song by Haddad Alwi. nanti lah next entry vee post lagi tentang video tue k. ^_^



wah . comel gambar elaine pandang camera tu . elaine selsema ? ya Allah , kesiannya . masa Asyraf seusia Elaine , bila dia selsema , fiqa sedut dengan mulut fiqa sendiri . tak sanggup tengok dia tak boleh nafas :'(
ReplyDelete