bila dah bergelar Ummi...
1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! (so true!!!)
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!! (exactly, Elaine memang bangun jam 5am sampai 7am)
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru. (so true.. i love you Mak & Mama)
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..(yap!! vee yang duk nangis teresak-esak T_T)
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-) (hahahaha memang pun.. =p)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak. (exactly right!! please dont dare to mad my Elaine =p)
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri. (yess.. say tata to all my make up stuff T_T)
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo! (hahaha memang pun, bila Elaine poo-poo jer, vee yang happy sangat-sangat ^_^)
10- Kita akan lebih menghargai diri kita. (of course sebab Elaine jadikan my body much better than before =)
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja. (so true ^_^)
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis. (bila Elaine nangis, hanya vee jer yang boleh tenangkan Elaine.. hehehehe Mr Hubby selalu jeles =p)
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya. (mestilah .. my precious ok )
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat! (hahahaha)
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak! (=) )
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak. (sgt2 betul =))
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing (dari dlm perut lagi vee dah sayang Elaine )
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan! (^_^)
credit : AzmirKhalid Photography
lama da vee x upload pics Elaine Medina kan ^_^
![]() |
| masa nie celebrate besday Ummi yg sentiasa 21 tahun heheehe |
| tengoklah saya nyer rambut da tumbuh semula ^_^ |


No comments:
Post a Comment