assallammualaikum wbt
Oh, ku kini di dalam dilema..
alkisahnya... Vee dapat panggilan temuduga daripada SPA untuk jawatan Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD) (antara jawatan yang memang Vee suka & harapkan sangat-sangat ) . Sebelum nie Vee dah pun lulus exam PTD & melalui PAC di Intan.
Memang Vee teruja & bersyukur kerana dipanggil & dalam masa yang sama berharap rezeki menyebelahi Vee ~~insyaAllah~~
Tetapi!!! tarikh temuduga itu jatuh pada 16 NOVEMBER 2013.. dan due bersalin Vee ialah 18 NOVEMBER 2013 di mana Vee wajib masuk wad pada 16/17 November sekiranya masih tiada tanda untuk bersalin kerana baby wajib keluar sebelum / pada 18 NOVEMBER 2013.
uwaaaaa!!!!
Dah lah nie panggilan untuk fasa ke 5. Fasa kedua akhir sebelum fasa ke 6. dan Vee bayangkan kalau Vee bersalin sebelum tarikh temuduga... nampaknya kena tengok condition Vee masa tu, kalau baru bersalin, agak mustahil Vee nak pergi.. tapi kalau dah lebih seminggu dua, mungkin ok kut huhuhu
Kalau Vee minta tangguh untuk ke fasa seterusnya (boleh ke?) , Vee masih juga masih berpantang... ooohhhhh... daku benar-benar di dalam dilema T_T
Assalamualaikum..tahniah kak vee dapat interview..bkn senang nk dpt tu..buat solat istikharah mintak petunjuk..pastu jangan lupa call JPA yg uruskan hal ni minta pendapat mereka jgk..ape pun gudluck..moga bersalin dengan selamat dan berjaya dpt kerja PTD..amin..
ReplyDelete