assallammualaikum wbt
Vee sebenarnya dah lama nak update perkembangan GDM vee iaitu keputusan ujian BSP Vee yang dah pun Vee lalui sebanyak 4 kali ~~hurmm~~
Bagi mereka yang x tahu apa itu GDM (Gestational Diabetes Melitus), selalunya dialami oleh wanita yang mengandung yang kantoi semasa ambil ujian MGTT / Air Gula :p Vee antara orang yang terkantoi walaupun dalam hati masa tue Vee yakin Vee xder masalah GDM hahahhaa hambek.. sekali kantoi.
dengan perasaan x puas hati, Vee terpaksa gak buat BSP iaitu cucuk jarum di hujung jari sebanyak 4 kali dalam masa satu hari . Memang la ada orang cakap "eleh.. hujung jari jer" eleh.... meh sini Vee cucuk jari korang dengan jarum 4 kali sehari.. nak???
Proses BSP bermula dengan korang dikehendaki berpuasa pada jam 10 malam sehari sebelum nak kena ambil darah. Then bangun awal-awal pagi tanpa makan apa-apa, pergi ke klinik dalam jam 8am untuk dicucuk kali pertama. Selepas tu sila makan laju-laju sebab kena berpuasa semula untuk 2 jam lagi.
Dalam jam 10.30am.. pergi ke Klinik semula & ambil darah untuk kali ke 2, dan bolehlah makan dengan senang hati sehingga jam 12 tengahari sebab kena berpuasa bermula jam 12 tengahari sehingga jam 2pm.
Jam 2 pm ke Klinik untuk ambil darah kali ke 3 dan lepas tue boleh lah makan sesukahati sehingga jam 6pm. Puasa selama 2 jam & jam 8pm ke Klinik untuk ambil darah kali ke 4.
Bagi bacaan normal.. BSP dilakukan 2 minggu sekali, bagi yang terlebih bacaan.. seminggu sekali atau lebih kerap lagi mengikut nasihat Doktor kerana dibimbangi merisikokan bayi di dalam kandungan.
Bacaan Vee? Memang expected la yang Vee ok jer hahaha sampai Nurse yang jumpa Vee cakap "Awak pandai jaga diet, tapi terpaksa lah juga buat BSP sebab dah terkantoi". ehh... Nurse silap sebenarnya, sejujurnya Vee xjaga diet langsung, segala makanan & minuman manis selamba jer Vee telan hehehee bukan apa.. bagi Vee kalau betul-betul nak tau kita memang ada kencing manis / diabetes.. better jangan kontrol makan.. kang masa check up jer bacaan cantik tapi bila hari biasa.. sebenarnya memang ada diabetes. Sebab tue masa Vee buat BSP.. Vee sengaja makan & minum macam biasa.. alhamdulillah melalui keputusan BSP yang Vee dah buat.. xpernah lagi bacaan Vee terlebih .. kiranya Vee memang xder diabetes / GDM tu.. tapi masih kena teruskan BSP setiap 2 minggu sekali untuk pemantauan.
Nie bacaan BSP Vee..Bacaan sebelum jam 8am xleh lebih 5.3 & seterusnya xleh lebih 6.7. Kalau terlebih, memang confirm GDM
- 17/7/13 : 8 am = 5.1 10.30 am = 5.6 2 am = 6.4 8 pm = 4.3
- 21/8/13 : 8 am = 5.1 10.30 am = 5.0 2 am = 5.5 8 pm = 5.5
- 4/9/13 : 8 am = 4.7 10.30 am = 5.7 2 am = 6.1 8 pm = 5.7
- 19/9/13 : 8 am = 5.0 10.30 am = 5.5 2 am = 5.3 8 pm = 5.0
ok jer kan bacaan BSP Vee?? hehehehe semoga Vee dapat melahirkan Baby tanpa sebarang masalah.. aminn..
Nie nak cerita tentang Elaine pulak.. sejak Elaine dapat tahu yang dia bakal dapat adik nie, bukan main sayaaannngggg dengan adiknya =) . Setiap hari x pernah x cium adik dalam perutnya. Kali nie.. x boleh langsung usik nama baby bila Elaine tengah merajuk.. mesti terus lembut jer hati dia. faham??
contohnya kalau Elaine tengah merajuk or marah dengan Vee.. Vee akan cakap macam nie "Baby.. tengoklah.. kakak Elaine xmo kawan Ummi.." terus Elaine datang kat Vee & cium perut Vee bertalu-talu hehehe
hu...takutnye...nina amik darah kat lengan pn dah ngeri...
ReplyDelete