Sunday, May 1, 2011

semoga terus tabah

assallammualaikum wbt

sesungguhnya Allah swt tidak akan menduga hambaNya selain yakin dugaan itu mampu dilalui oleh hambaNya.

kekuatan antibodi dalam badan ini kian lemah dan cuba dikuatkan dengan doa & sedikit makanan berkhasiat. demam , batuk disusuli dengan muntah yang x henti memang menjadikan tubuh nie lemah. setiap butir makanan yang masuk terus terkeluar tanpa meninggalkan rasa selesa. vee lapar tapi bila makan vee akan muntah semula. semalam adalah hari yang agak berat vee lalui & hari nie di tambah dengan sakit kepala yang berdenyut2 seolah bergendang mengundang rasa perit & airmata.

Mr HUbby turut terkena bahangnya kerana harinie Mr Hubby demam & selsema yang teruk. siapalah yang nak menguruskan kami yang hanya tinggal berdua nie?

jawapannya hanya Allah swt. semoga si Kecil kami tabah & terus selesa di dalam nie kerana segalanya kami sanggup lalui :) insya Allah

2 comments:

  1. dugaan Allah...
    insyaAllah..Allah bagi segala kekuatan...amin.....

    ReplyDelete
  2. farhan ^^ amin.. thanks farhan ^^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...