Monday, May 9, 2011

secebis pun x bermakna

assallammualaikum wbt

sejujurnya vee memang kurang senang bila ada yang bertanyakan seseorang yang vee anggap x pernah wujud dalam  sejarah hidup vee walaupun x dapat nak mengelak. bila rakan lama bertemu & bersua terutamanya di FB, ada yang bertanya sejarah yang kurang disenangi & kadang-kadang vee yang tertanya-tanya, tidakkah orang yang bertanya itu sedar yang kini hidup vee penuh kebahagiaan bersama insan yang bergelar suami??

seandainya vee diberi peluang untuk menguasai masa & mengawal perjalanan hidup nie, vee x akan mensia-siakan diri dengan mengenali orang yang sepatutnya vee x perlu kenalpun sebab x pernah penting dalam hidup nie. malahan vee terasa betapa sia-sianya masa yang ada dahulu dan lebih baik sendiri kerana cinta yang ditetapkan lebih bererti.

seandainya diberi peluang untuk berkata, vee hanya ingin mengucapkan, hadir atau perginya kamu dalam hidup ini sedikitpun x mendatangkan secebis makna, malahan x pernah wujud di fikiran & x pernah benar apa yang diluahkan. 

dan kepada mereka yang bertanya, vee anggap ianya sekadar pertanyaan kosong & x bermakna. 

kerana apa???


kerna Allah swt telah mengaturkan cinta yang indah &  sempurna di mata ini. ~~alhamdulillah~~

perjalanan hidup ini bukan untuk mengenang kesah yang sia-sia tetapi untuk terus berjuang ke hadapan & mengumpul bekalan ke sana nanti.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...