Thursday, May 5, 2011

Perkembangan Fetus 11 Minggu Hamil







Anda hampir sampai ke penghujung trimester pertama. Banyak dari perkembangan kritikal bayi akan selesai dalam dua minggu lagi, dan kemungkinan keguguran akan berkurangan secara ketara. 

Diukur dari mercu kepala ke punggung, fetus 1.5-inci / 4-sentimeter anda mempunyai semua bahagian-bahagiannya, dari kudup gigi ke kuku jari kaki. Bayi anda sibuk 
menendang dan meregang; pergerakan-pergerakannya amat lemah-gemalai sehinggakan seperti balet air. Jari-jari tangan dan kaki sudah terpisah sepenuhnya. Kini, tugas utama fetus dalam tempoh enam bulan ke hadapan ialah untuk terus membesar dan menjadi semakin kuat sehingga ia boleh meneruskan kehidupan secara bersendirian di luar rahim. 


Satu garisan pigmen gelap yang menegak linea nigra, mungkin akan muncul di abdomen anda. Uterus anda sudah naik dan mengatasi tulang pelvis anda dan sekarang doktor anda akan  boleh merasanya semasa pemeriksaan luaran. 



sumber : Baby Centre

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...