Thursday, February 17, 2011

~~Kashaf Imani~~

assallammualaikum wbt




^^ baru lepas tengok telemovie "Kashaf Imani" . walaupun kualiti gambar nie agak menyakitkan mata tetapi pengajaran yang cuba disampaikan boleh dikatakan berkesan & menginsafkan. pengajaran yang vee dapat adalah berkenaan dengan ibu.

i <3 mak

Ibu adalah wanita yang dimuliakan oleh Allah sebagaimana yang tercatat dalam kitab suci al-Quran. berdasarkan sebuah hadis, umat manusia percaya, syurga itu di bawah telapak kaki ibu. amat besar dosa derhaka terhadap ibu. darjat ibu tiga kali lipat dibandingkan ayah dalam hal penghormatan anak kepada kedua orang tuanya.
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata: 
Wahai Rasulullah: “Saya ingin berjihad (berjuang) menegakkan agama Allah.” “Apakah ibumu masih hidup?” orang itu menjawab: “Ya”. Rasulullah s.a.w bersabda. “Tetaplah engkau berada dekat di kaki ibumu itu, di sanalah syurga berada.” (Riwayat at-Thabrani) 

Sejahat mana pun ibu kita, sekeji & sekotor mana pun ibu kita, sebagai anak..kita WAJIB mentaati dan menghormati insan yang telahpun mengendong kita selama 9 bulan 10 hari dan melahirkan kita dengan selamat ke dunia ini. 

Ibu merupakan insan yang paling mulia dan Allah swt telah meletakkan Syurga seorang anak itu adalah pada ibunya, bukan pada bapanya. x kesahlah samada ibu itu tercela perangainya, namun x memberi hak kita sebagai anak untuk melawan atau membenci ibu kita, segala perbuatannya adalah antara dia dengan Allah.. kita x perlu melayannya dengan kasar atau derhaka kerana kita harus ingat Syurga kita terletak di bawah telapak kaki ibu.

Namun, sebagai seorang ibu haruslah menunjukkan sikap yang terpuji dan juga sikap penyayang kerana itulah yang paling didambakan oleh seorang anak. anak mana yang  x suka dimanja & dibelai dengan penuh kasih sayang. dan anak mana yang x makan hati jika selalu dimarahi & ditegur dengan cara kasar. 

~~Semoga vee dapat menjadi seorang ibu yang penyayang & mampu menjaga, memberi didikan yang baik untuk anak-anak vee & anak-anak menjadi anak-anak yang soleh & solehah~~ 

yang paling penting anak-anak yang sentiasa menyedekahkan doa apabila vee sudah tiada di dunia ini 

~~Amin~~





6 comments:

  1. mlm tdi layan citer ni juga..sedih smpi mengalirkan air mata..hati ni mmg cepat tersentuh klo ada kisah2 yg melibatkan ibu bapa....uhhh sggh menginsafkan

    ReplyDelete
  2. suke sgt cite ni...best2..meleleh jugak...hehe.minat kat pelakon tu...(=

    ReplyDelete
  3. ala.. best sangat ke?.. rugi la Yana cam ni kan.. sebab Yana tak tengok pon.. kesian.. -,-'

    ReplyDelete
  4. kuntumz: sepatutnya drama mcm nie lah patut byk ditayangkan kan.. barulah ramai yang tengok kesan akibat melawan ibu bapa

    ReplyDelete
  5. nina : eleh..nina minat kat beto la tue hehehe

    ReplyDelete
  6. yana: mmg rugi heheehe ala.. astro kan tayang byk kali.. tggu je la ^^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...