situasi 1 : saya x pernah faham dengan lelaki, sebelum nie, saya mengenali seseorang dan kami menjadi rapat dan dia sering menjadi tempat luahan jika saya bermasalah. dalam masa yang sama, dia menyatakan perasaan dia terhadap saya lebih daripada seorang kawan dan saya menolak perasaan itu kerana saya sendiri x pasti dengan perasaan saya. namun bila dia mula rapat dengan gadis lain, saya sememangnya resah dan cuba merapati dirinya kembali agar dia terus mengingati perasaan dia terhadap saya dan melupakan gadis tersebut.
namun bila kami kembali rapat dan dia meminta untuk perhubungan seterusnya, saya menolak kerana dalam masa yang sama saya ingin mencari lelaki yang lebih sesuai dengan saya. saya tahu dia kecewa tetapi dia tidak pernah memaksa & pernah menyatakan bahawa dia akan menunggu saya sampai bila-bila. saya hanya tersenyum dan saya akui yang saya juga berperasaan sama seperti dia cuma saya ingin bermain tarik tali dahulu.
sehinggalah suatu hari selepas sambutan harijadinya, saya dapat tahu dia telah mengenali seorang gadis yang sememangnya cantik dan mereka telahpun bersama tanpa saya ketahui. saya kecewa dan cuba merapatkan kembali hubungan kami namun gadis tersebut benar-benar telah berjaya mengikat hati si dia dan dia seolah-olah terlupa akan janjinya untuk menunggu saya sampai bila-bila. saya mula rasa menyesal kerana cuba mengendahkannya sedangkan saya sebenarnya suka kepadanya.
mengapa lelaki berubah hati walaupun pernah menyatakan akan menanti saya sampai bila-bila?
penyelesaian : x boleh nak salahkan lelaki tu 100% sebab bak kata pepatah " buat apa nak menunggu buah jatuh, sementara nak tunggu jatuh, baik gi cari buah-buahan lain & lagi sedap" hehehehe
anyway, x kesah lah situasi nie terjadi kepada pihak wanita mahupun pihak lelaki, memang lah normal bila kita rapat dengan seseorang dan belum menemui calon yang sesuai, kita akan mudah jatuh hati dengan dia yang paling rapat dengan kita. so bila kita mengharapkan perhubungan lebih daripada seorang kawan terjadi namun telah ditolak oleh si dia, kita akan ucapkan ayat penyedap hati "xper..saya akan tunggu awak sampai bila-bila" sebab kita x nak putuskan hubungan persahabatan yang sedia ada. dalam masa yang sama, kita akan mencari orang lain sebagai teman bicara dan kalau serasi, dapatlah teman bercinta ^^
vee sendiri dulu x pernah percaya bila lelaki menyatakan untuk menanti vee sampai bila-bila sebab dia hanya ucapkan semasa perasaan dia x diterima, tapi vee tahu kat luar sana ada ramai orang lain yang lebih baik & menawan hati . so takkanlah nak tunggu vee jugak kan even vee pun suka kat dia hehehe cinta x semestinya memiliki, just doakan yang terbaik untuk kebahagiaan masing-masing ^^
percaya bahawa setiap insan yang diciptakan oleh Allah swt ada pasangannya masing-masing. so x perlu sedih-sedih dan terus percaya bahawa ada insan yang tercipta untukmu sedang menanti dengan penuh senyuman
hati wanita: vee dapat idea buat entry nie bila semalam vee blog walking & ada beberapa blogger sedang kecewa bercinta.. hurmmm.. ada kaitan ker dengan situasi di atas?? hehehehe


heheheheeee............. :P
ReplyDeleteTERASA2... xP
ooo.. ur own experience ke aen ^^
ReplyDelete