Tuesday, January 1, 2013

untuk Si Dia yang digelar Pengkhianat

assallammualaikum wbt

selamat datang 2013 :) semoga tahun ini mendatangkan sejuta makna dan penuh dengan cerita bahagia untuk kami sekeluarga ^_^

anyway ada sesuatu yang terbuku ingin vee luahkan supaya menjadi ingtan buat diri sendiri & lebih baik menjadi pengajaran jika orang yang dimaksudkan tue membaca entry nie .

vee faham dan tahu x semua orang akan sentiasa suka dengan kita.. dan x semua juga orang akan benci dengan kita. normal lah tue. tapi... vee dah lama perasan ada seseorang nie memang x suka dengan vee dan vee pun berperasaan yang sama dengan dia. sebabnya sebelum vee kawin lagi.. vee dah berperasaan macam tue dengan dia nie.

pertama kali vee jumpa dia masa vee jumpa my client di pejabat. lupakan tentang pertemuan tu tapi pertemuan seterusnya vee dah x menyenangi dia . x pernah penting untuk vee ambil tahu sebab dia x ada kaitan dengan vee maupun Mr Hubby. tapiiiii.. dia sangat suka untuk masuk campur segala urusan vee terutama dengan Mr Hubby. macam-macam cara dia buat termasuk menghasut orang terdekat dengan Mr Hubby untuk x menyukai & merapati vee. dan bila fitnah  / hasutan berlaku.. memang vee menerima kesan yang agak teruk, beberapa orang menjauhi vee, anggap vee nie memang x sesuai bersama Mr Hubby & macam-macam perkataan yang x sedap telinga mendengar ditujukan pada vee.

hurmmm... perasaan vee masa tue.. vee hanya mampu berdoa & percaya jika sememangnya Mr Hubby tue jodoh vee.. vee tetap akan bersama dengan Mr Hubby. dalam masa yang sama.. Mr Hubby mengatakan hanya orang yang betul-betul rapat dengan vee akan tahu apa yang diperkatakan tue x benar. so vee memang x pernah nak ambil peduli dan biarkan je dia tue berterusan membawa cerita. tapi gelaran yang vee bagi untuk dia tu adalah "Desperate Andalusia". x baik kan tapi itu yang vee sebut dalam hati setiap kali vee nampak dia .. hati tengah sakit.. macam-macam boleh jadi :(

alhamdulillah... kebenaran biasanya menang berbanding kejahatan . so lama kelamaan vee semakin diterima oleh orang-orang yang menjauhi vee sebelum nie tanpa perlu untuk vee berkata apa-apa. family always family. family nie macam sungai. walaupun sungai tu dilitupi sampai sarap, tapi air tetap mengalir bersama dan SAMPAH akan ke tepi & mereput sepi .. ehhh?? hehehhee

dan sekarang nie topeng yang dipakai selama nie dah pun mereput hingga x mampu menutup wajah yang sebenar. so, my advise x perlulah nak berlagak baik, SUCI ala Malaikat kalau jiwa sebenar buruk, busuk & kotor...dia sangka dia nie  pelakon hebat la kononnya sebab boleh berpura-pura di hadapan orang yang sedang dikhianati. 

oh ya.. beter dia x perlu nak tunjukkan diri depan kami semua sebab bukan vee yang akan bertindak.. tapi orang lain. eh? kalau tonjolkan diri pun ok gak kut.. sebab vee memang x akan angkat tangan sedikit pun.. cukuplah dengan senyuman yang mampu meninggalkan kesan  menyakitkan dalam hati dia  :D  lebih sanggup dia menanggung rasa bersalah tue sampai ke akhirnya sebab sikap "duri dalam daging" tue.. kalau rebus lama mana pun.. busuk x akan hilang, daging pula liat sampai  xder sapa sudi nak kunyah.. auch!

p/s : actually ini apa yang vee rasa & terkena. bukan senang nak berdiri menghadapi fitnah / tuduhan / hasutan orang terhadap diri. payah & perit. bagi mereka yang x pernah berada dalam situasi vee.. maybe mereka hanya tahu mencebik. xpelah.. mana tahu nanti bila ada yang merasa apa yang vee lalui, masa tue fikirlah samada ianya cukup sekadar nasihat dan pujukan??? hehehe senang cerita.. cuba sesekali membayangkan keadaan diri tu bila berada di tempat vee masa tu?? ;p

oh ya.. vee pernah cakap ker yang vee nie lagi bagus dari orang lain? vee pun manusia jugak, x pernah lepas daripada kesilapan... kadang-kadang kalau x tahu cerita sebenar, better tanya atau risik-risik la sikit, bukannya buat-buat macam tahu, then buat konklusi sendiri. kan x elok namanya :) 

2 comments:

  1. veee,sapa buat my cantek ni macam nihhhhhhh...jahatnya....someone that i know oer not?takpa la vee,orang mengata tapi Allah lebih tahu,=)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...