Monday, January 28, 2013

"Terlebih Makan Garam" x bermakna awak lagi bijak drp saya

assallammualaikum wbt :)

anyway Vee sebenarnya ingin meluahkan perasan sedikit kurang senang dengan pemikiran sesetengah orang terutama mereka yang kononnya lebih "makan garam" dalam bidang yang mereka ceburi. Kebanyakan mereka nie berfikiran yang mereka lebih tahu berbanding Vee yang kononnya pada pandangan diorang masih mentah & terrrlalu segar dalam bidang perniagaan.

Yesss memang kalau dari segi umur, Vee masih muda dan x boleh digelar senior dalam dalam bidang perniagaan. Tapi sebagai hamba Allah, hanya Allah yang boleh memberi rezeki untuk apa yang Vee usahakan. Bukannya ahkak-ahkak senior yang menentukannya. Bagi Vee, sebagai orang yang kononnya terlebih makan garam, sepatutnya memberi semangat untuk Vee yang sangat berminat dengan alam perniagaan.. Bukannya cuba untuk melemahkan semangat Vee.

Patut x bila seseorang ahkak tue bila tengok bussiness Vee lebih memberangsangkan berbanding ahkak nie, boleh cakap macam ni "kalau setakat nak berniaga kat Putra Perdana nie.. Jangan nak fikirkan untung sangat lah. Ahkak dah lebih 5 tahun berniaga.. Cukup-cukup makan ajer. Kat sini yang boleh untung, kedai makan jer"

Vee like.."eh.. Tetiba lak nak cakap macam nie apahal? Aku ok jer. "memanglah belum untung juta-juta lagi.. Tapi rezeki tetap ada. kalau dia cakap sekali.. Vee leh gak tahan tapi sepanjang Vee kenal dia.. Lebih dari 3 kali ulang dialog yang sama.. Ini memang mendatangkan kemarahan ok.

Memang ada ye orang yang x boleh tengok orang lain senang sikit? Lagi-lagi kalau orang tue masih muda & baru? Xpelah.. Disebabkan Vee nie masih menghormati ahkak yang muda 2 tahun jer dari Mak Vee.. Vee senyum jer setiap kali dengar "nasihat berguna" daripada mulut ahkak nie.

Vee.. Walaupun masih muda dan mentah (pada pandangan ahkak tu la) dalam bidang perniagaan nie.. Vee bukannya berniaga dengan ilmu kosong di dada. Selain minat.. Vee dah pun banyak mengikuti kursus-kursus asas perniagaan terutama semasa Vee masih aktif dengan CIMB .. Macam-macam ilmu Vee dapat & apply . Strategi perniagaan memang ada dan itu terpulang bagaimana kita, seorang usahawan untuk menguruskannya.

Mingle with the right person will make you success!! Mingle with the wrong person will make you down!! So sebelum ahkak nie lebih banyak bunyi.. Vee dah buat keputusan untuk menguruskan Butik Zunnur'ain Collection di kedai sendiri sahaja. Sewa pun x perlu nak bayar.. Semuanya sendirian berhad :) sebelum nie Vee x pernah nak fikir apa-apa even sewa tu mahal sebab Vee ingat nak bantu ahkak tapi!!! Bila ahkak nie dah terrrrlebih.. Terima kasih sebab buat Vee berjaya juga nak usahakan kedai sendiri :)

InsyaAllah butik baru nanti lebih besar & selesa :) selain tudung.. Vee akan tambah koleksi terbaru seperti pakaian, aksesori & upah menjahit..maybe??? :)

so.. rajin-rajinkan diri menjenguk page Zunnur'ain Collection tau :) February nie Vee akan buat Moving Out Sale yang memang sangat-sangat menarik harga tudungnya ^_^ Doakan agar segala urusan Vee dipermudahkan ye.. begitu juga untuk korang semua :)

kalau xder aral melintang.. maybe Zunnur'ain Collection akan buka booth di Masjid As-Salam (Masjid Terapung) Puchong setiap hari Ahad. so sesiapa yang pergi mengikuti / menghantar mak, abah, makcik, kawan-kawan kursus haji.. singgahlah ye :)

2 comments:

  1. Semoga berjalan dgn lncar kak. Aminnn.. biarkan jea apa yg org nk ckp. Anggap itu sbg journey akak utk berjaya. Good luck!!

    ReplyDelete
  2. Dari Ibnu ‘Abbas r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
    "Barangsiapa yang beristiqamah dalam beristighfar, Allah akan memberi jalan keluar dari setiap kesempitan, menghindarkan dari setiap kecemasan dan memberi rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka".
    (HR Abu Daud)

    in sha Allah sis , as long as you keep istiqamah , Allah will help you . Allah akan buka pintu rezeki hambaNya berusaha dan beristigfarlah ketika diberikan hadiah kata-2 yang tidak enak . May Allah ease everything =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...