Friday, December 16, 2011

Kenangan

assallammualaikum wbt

sebaik sahaja Elaine Medina lahir ke dunia nie..hilang segala kesakitan yang dialami.. apa yang vee buat masa tue adalah merenung Elaine sedalam-dalamnya sambil hati berkata "SubhanAllah.. inikah wajah anak yang kunanti-nanti selama ini? " .. x tergambar betapa bahagianya vee saat itu

malam pertama vee bersama Elaine adalah dalam bilik kami sendiri di rumah, bukan lagi di hospital. air mata vee menitis saat Elaine menangis dahaga tapi masa tue vee x mampu untuk hilangkan dahaga Elaine sebab susu belum keluar lagi. vee menangis tersedu-sedu .. Mr Hubby minta vee terus bagi Elaine menyusu macam biasa dengan harapan susu akan keluar juga

malam pertama itu kami tidur kepenatan.. memang tidur awal sebelum jam 9.00pm.. tapi setiap kali Elaine menangis, kami akan terkejut & kelam-kabut dibuatnya. tapi bila tengah malam Elaine menangis dengan nyaring dan puas dipujuk pun Elaine terus menangis, vee menangis lagi sekali. menagis sebab vee fikir vee x dapat nak menyusukan Elaine & xtahu macammana nak pujuk Elaine.. mujurlah ada Mak & Mama yang bangun & mengambil Elaine untuk memujuknya..akhirnya Elaine terlena namun hati vee resah sebab bimbang x mampu menyusukannya sedangkan vee bertekad untuk memberi susu badan untuk Elaine sehingga Elaine berusia 2 tahun

alhamdulillah hari kedua Elaine, susu keluar dengan banyaknya hingga vee mengalami bengkak susu. sakit memang sakit tapi hari ketiga dah x bengkak sebab Elaine menyusu dengan puasnya ^^ alhamdulillahx1000


kesah lawatan nurse ke rumah setiap hari di awal vee berpantang. Elaine mula menunjukkan tanda-tanda kuning & sibuklah Mak & Mama memandikan Elaine dengan daun kucai, daun dukung anak & daun inai. nurse meminta kami untuk membawa Elaine ke klinik kesihatan untuk memeriksa tahap kuning Elaine. vee resah sebab anak buah, Darwisy dah kena tahan di Hospital Sg. Buloh sebab kuning. banyak kali vee berdoa supaya Elaine ok & berharap pemakanan vee masa mengandungkan Elaine membantu ketahanan dalaman Elaine.

masa di klinik, vee hampir marah sebab Elaine kena juga ambil darah untuk pemeriksaan sakit kuning tue.. ya Allah.. hanya Allah jer yang tahu perasaan vee saat darah Elaine diambil.. airmata vee mengalir lagi ketika kaki Elaine dicucuk.. sensitifnya vee tapi vee memang xsanggup melihat Elaine disakiti... even oleh seekor nyamuk pun!


ada satu hari tue...bila vee berduaan dengan Elaine.. vee renung Elaine dengan sepuas-puasnya then vee nanges lagi sebab x sangka zuriat yang vee nanti-nantikan dah ada depan mata vee .. yela.. vee kan terpaksa melalui kehilangan zuriat pertama sebelum mendapatkan Elaine.. sudah pastilah kehadiran Elaine sangat vee nanti-nantikan

~~Elaine oh Elaine yang cantik.. anak Ummi yang cantik,anak Ummi yang baik, anak Ummi yang cerdik~~... itu antara lagu yang vee suka nyanyi bila dodoikan Elaine ^^


owh ya.. buat teman-teman yang rasa seram dengan kesah pengalaman sakit bersalin vee tue.. dont worry dear ^^ memang sakit tue x dapat digambarkan tapi bila zuriat yang dinanti-nanti telahpun berada di depan mata, confirm hilang segala kesakitan & diganti dengan sejuta kebahagiaan ^_^

4 comments:

  1. adah hari2 nantikan post entry dari akk..pengalaman akak 2 adah amik sikit2...terima kasih ye kak..

    ReplyDelete
  2. fiqa dah pernah tengok nurse amik darah baby untuk cek kuning . masa tu abang fiqa dapat baby twins tapi isteri dia tak ok . so , fiqa lah yang bawak baby tu gi klinik . tapi darah si abang kurang kat kaki . masa tu hanya Allah yang tahu betapa geramnya fiqa tengok nurse tu cucuk2 banyak kali kaki baby . dia kecik lagi . tak patut nurse buat macam tu :'(

    ReplyDelete
  3. ADAH=) thanks yer adah.. wat vee terharu jer ^^ thanks 4 ur support =)

    xoxoxo

    semoga adah selamat melahirkan permata adah nanti yer ^^

    ReplyDelete
  4. fiqa =) mmg sedih kan tengok baby kena cucuk... fiqa as auntie pn rs geram, lglah akak sbg ummi.. lg terasa sgt2

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...