Tuesday, December 14, 2010

Penting ker Asid Folik tu ?

bila vee da kawen, baru lah vee kenal nama Asid Folik nie, sebabnya baik untuk kesihatan bakal ibu & anak dalam kandungan.



vee ada tanya beberapa orang kawan vee pasal Asid Folik nie, kene makan sampai bila.. then vee duk google jap..dapatlah info-info yang menjawab pertanyaan vee :) so vee tulis kat sini secara ringkas je lah yer.. 

Asid Folik nie penting untuk memastikan janin/fetus/bayi membesar dengan sihat. juga untuk tumbesaran otak bayi.  Asid Folik nie merupakan vitamin B yang berfungsi dalam pembinaan dan kesihatan sel-sel badan manusia.

bagi wanita yang memang merancang untuk mengandung, digalakkan mengambil Asid Folik nie sebelum mengandung lagi...( ooOoo baru tau..) 



"Di Amerika Syarikat satu kempen dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada wanita kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu yang sedang mengandung. Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan yang diperkayakan dengan asid folik atau dengan pil asid folik. Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 Microgram (400mcg) atau 0.4mg setiap hari, 2 ke 3 bulan sebelum merancang mengandung dan semasa mengandung. Pemgambilan asid folik adalah perlu namun dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor untuk pengambilan asid folik dan apa-apa penambahan makanan dan vitamin"

~~~hurm~~~  lepas vee D&C aritu, doktor bagi vee Asid Folik untuk 3 bulan, tujuannya nak menguatkan rahim vee & membentuk sel-sel bayi.nasib baiklah vee nie x takut makan ubat, (ubat periuk pun selamba jer vee minum hehehe) . kecik jer pil tu pun, x macam obimin. 

so, bagi teman-teman yang ingin mengandung, better gi farmasi  beli Asid Folik k, tunggu apa lagi hehehe



4 comments:

  1. vee, waktu sya preggy,x lalu sgt nak telan acid folic tu,so ganti dgn makan taugeh byk2...hehehe..x pun consume delima(jus)...

    ReplyDelete
  2. ooo leh ganti ngan taugeh or delima ker??? best gak tu.. vee memang suka makan delima ^_^

    ReplyDelete
  3. owh, baru tahu mkn tauge ngan delima pun boleh...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...