Tuesday, December 14, 2010

Bisaya ;part 2

tadi vee dapat comment dari Iffah Imani untuk entry Bisaya. wah.. finally vee jumpa jugak gadis bisaya even Iffah nie Sarawakian ^_^. 

nk menyibuk jugak :p
disebabkan entry lepas vee terlalu ringkas untuk mengenalkan  kaum Bisaya pada teman-teman, so vee google lagi tentang kaum kitorang nie & dah ada yang buat kajian pun. Joshua Project nie dalam bahasa Inggeris, so vee translate seringkas yang mungkin je k :)


 Bisaya Malaysia terletak di Sabah bahagian barat sepanjang pantai utara Brunei Bay dan juga di utara Sarawak sepanjang sungai yang mengalir ke Teluk Bruneimereka sering disebut "orang tengah" atau "orang sungai".



nie lah anak2 bisaya @ my kazen ..muka da macam orang korea pakai tudung :p

(vee highlight sebab dulu kan pernah ada dokumentari kat Mastika yang bagitau "orang sungai" nie lawa-lawa :p)



Budaya Bisaya dan bahasa  sangat mirip dengan  Dusun Sabah dan kumpulan berkaitan di Brunei dan Sarawak. Bahkan beberapa sumber mengatakan  harus diberi label Bisaya-DusunBahasa Bisaya, Basaya, merupakan sebahagian daripada cabang Indonesia Utara dari rumpun bahasa Austronesia.


perkahwinan antara Bisaya biasanya ditetapkan oleh orang tua ketika anak-anak sangat muda. (ehh.. macam pernah lalui jer situasi nie :p tapi skang nie mana ada lagi)  Walaupun poligami ada di antara orang kaya, kebanyakan lelaki berkahwin hanya satu perempuan. 


kebiasaannya setelah berkahwin, pasangan akan tinggal dengan salah satu keluarga mereka. selepas kelahiran anak pertama baru mereka berpindah ke rumah sendiri. 



Kebanyakan Bisaya adalah Muslim, mengikuti amalan-amalan Islam tradisional dan kepercayaan. mengamalkan kepercayaan satu Tuhan iaitu Allah. 
   

antara keunikan etnik bisaya adalah fizikal mereka yg kelihatan seperti orang Cina @ campuran filipina. kecantikan Orang Bisaya sentiasa menarik perhatian, kerana selain kelihatan ayu, mereka tidak sepenuhnya seperti orang cina tetapi lebih menarik (ala..cakap la macam korean look hehehe)

perkataan "BISAYA" berasal dari sebutan "MABISA IYA" yg membawa maksud seseorang lelaki atau wanita yg tampak tampan dan cantik malahan Sultan Brunei  yang datang meninjau kawasan penduduk Bisaya menyebut "Bisai-Yah" yg bermaksud "betapa cantiknya  gadis di sini"


jom belajar bahasa Bisaya sket (vee nie pun bukan reti sangat)

Oku – Aku
Ikau – Kau
Jami – Kami
Okou – Kamu
Tokou – Kita
Iro/Siro – Mereka
Sio – Dia
Yama – Bapa
Indu – Ibu
Yaka – Abang/Kakak
Katabinai – Adik
Sang Katabinai – Adk beradik
Kainsan/Sakainsan - Sepupu
Aki/Yaki – Datuk
Odu – Moyang
Anak Mangiwan – Menantu
Iwan - ??
Sau – Isteri
Wanu – Suami
Tamung – Tunang
Mianai – Lelaki
Yunai – Perempuan

Perasaan


Guang – Hati
Gangi/Magangi – Marah
Gondom/Naka Gondom - Rindu
Mungot – Marah
Irak/Magirak – Ketawa
Kidum/Kidum-kidum – Senyum
Giad/Magiad - Menangis
Badai/Mabadai guang – Tak sedap hati
Ikum-Ikum/Kikuman – Malu
Katul/makatul – Gatal
Isa Maaruaru?? –
Isa Makatotorotok?? – Tak senonoh
Lakak/Nakalakak – Takut
Rokik/Mirarokik – Menjerit
Mangit – Merajuk
Lasu/Malasu – Panas



aku mencintaimu = I LOVE YOU hehehe

p/s : vee x syok sendiri.. sume tu ada dapat dari sumber tau.. ^_^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...