Assallammualaikum wbt
Kali nie vee rasa nak share tentang "sengkak rahim". Pernah dengar x?
Biasanya sengkak nie dilakukan oleh tukang-tukang urut / bidan yang membantu membetulkan & meletakkan rahim dikedudukan yang betulllllll (agak skema di situ)
Vee nak berkongsi pengalaman Vee sendiri bersengkak. Vee nie mudah jer, suka sangat kalau ada orang boleh mengurut hehehe so xdelah rasa takut sangat bila nak bersengkak nie
Pertama kali Vee bersengkak masa Vee baru lepas kahwin, x silap Vee.. 3-4 bulan lepas kahwin sebab badan x sedap. So bidan tu akan mengurut satu badan dan x terlepas bahagian perut. Tapi masa tu x rasa apa pun sebab bidan tu bagitau Vee xde apa-apa masalah dengan rahim.
Then.. 100 hari selepas Vee berpantang sebab keguguran. Vee berurut lagi dengan bidan tue, memang terasa sedikit perit bila disengkak sebab bidan tu kata.. Rahim vee senget ke kiri sikit sebab Vee kan d&c . Best tau berurut dengan bidan nie sebab macam-macam petua boleh dapat. Alhamdulillah lepas berurut tue, Vee disahkan hamil sebulan lepas tue. Vee xdelah nak cakap yang Vee nie hamil sebab berurut dan bersengkak.. Cuma kadang-kadang, selain usaha dengan cara moden, cara tradisional pun boleh dicuba juga :) lebih-lebih lagi Vee nie memang suka dengan cara penjagaan diri secara tradisional. Tapi lepas vee d&c dulu, Doc ada bekalkan vee asid folic yang wajib vee makan selama 3 bulan. mungkin itu salah satu yang mendorong kepada proses kehamilan seterusnya :)
Bila lepas bersalinkan Elaine.. Macam biasalah masa pantang, kita akan berurut 3 kali berturut-turut dengan tujuan untuk melegakan badan, membetulkan urat-urat, mengeluarkan darah kotor & melancarkan perjalanan darah.. Disamping melegakan rasa kepenatan selepas bersalin. Masa berurut tue.. Memang kena sengkak la dengan bidan.. Sakit??? Jangan cakap lah sebab mengalir airmata gak lah hehehe sakit tuuuuuu. Sebab tu pentingnya kita bertungku & berbengkung masa berpantang.. Rahim kita kan masa tu longgar.. Bila dah dibetulkan, kenalah dibantu dengan berbengkung & bertungku pula membantu mempercepatkan kecutan rahim. Nak lagi cepat, minum air rendaman nenas batu.. InsyaAllah.
kenapa tiba-tiba jer vee nak kongsikan tengtang segkak rahim nie? sebab vee ada jumpa sesetengah orang yang takut nak berurut terutama di bahagian perut dengan alasan bimbang bidan / tukang urut tu memandai-mandai je. bagi vee.. terpulang kepada diri masing-masing. vee berurut pun bukanlah alasan untuk memudahkan vee mengandung, tapi vee dari remaja lagi memang suka mengurut sebab saper yang x suka kena belai kan heheheehe sampai mak vee pernah marah sebab mak kata "x elok anak dara selalu mengurut, nanti asyik nak berurutttt jer,kesian suami penat sebab asyik kena urut isteri" hahahaha memang pun, sebab vee suka datang kat Mr Hubby & merengek-rengek minta urutkan bahu & belikat. best tu!!!
nina teringin nak urut kat rahim. nak bagi cepat lekat. eh? ada kaitan x? ngeee~
ReplyDelete