assallammualaikum wbt
![]() |
| bersama Elaine Zahraa :) |
tadi masa vee dekat butik wif Elaine & Mr Hubby (sebab arini Putri cuti) , vee nampak Sara, staff saloon bersiap ke kereta dengan baju nikah warna putih yang cantik ^_^ oo baru teringat yang dia akan bernikah harini
bila tengok Sara, terus vee teringat beberapa hari lepas, Sara mengadu dekat Vee & Putri yang dia sebenarnya nak pakai tudung tapi macam rasa x berapa yakin sebab rasa muka nampak bulat lah.. x selesa lah hehehe Vee just tersenyum jer sebab faham perasaan seseorang yang salnya free hair nak berubah ke arah hijabista :)
nak tahu kenapa Vee faham? sebab Vee pernah melalui situasi yang sama.. berperang dengan perasaan sendiri dan dalam masa yang sama, pintu hati mula terbuka untuk berhijab sepenuhnya.
Vee ingat lagi masa Vee di bangku sekolah, vee hanya berhijab bila berada di kawasan sekolah jer, luar dari kawasan, hijab yang kekal hanya tudung sekolah ;p tapi sebab Vee nie merupakan anak tunggal perempuan dalam family, so purata Vee berada di rumah hampir 80% berbanding berada di luar. so.. x adalah Vee bebas bertemu dengan kawan-kawan yang bukan muhrim.
Bila Vee melangkah ke menara gading ,UKM.. Vee masih lagi on off berhijab.. ntah lah.. masa tue Vee fikir Vee nak berhijab bila hati Vee betul-betul ikhlas untuk berhijab.. jumudnya pemikiran masa tu kan =_= " tapi bila ke Kuliah, Vee masih lagi mengenakan tudung sebab Vee x berminat untuk menarik perhatian orang sekeliling yang selalunya confuse samada Vee nie Malay/ Muslim or Chinese. Dari Vee kecil , orang asyik tersilap je cakap cina dengan Vee. aduyaiii.. yeah i know my family memang ada Chinese blood tapi hanya yang asal jer tau cakap cina.. yang lain harap muka jer cina tapi ternganga bila orang cina berborak ;p hehehehe rugi kan kitorang
orang ramai yang bertanya kenapa Vee x berhijab sepenuhnya.. perlu ke on off? jawapan Vee masa tue.. Vee x yakin dengan diri sendiri, Vee rasa Vee x cantik bila bertudung & Vee rasa banyak benda yang Vee nak buat akan jadi terhad bila Vee bertudung ~~aduhaiiii~~
sampailah satu hari tue, my collage buat Christmas event.. hurmmm.. masa tue Vee join dengan beberapa kawan Muslim sebab nak memeriahkan suasana jer.. tapi malam tue baru Vee macam tersedar sebab ada beberapa lelaki yang nak berkenalan dengan Vee malam tue, diorang ingatkan Vee bukan Muslim.. sebab rupa yang sememangnya chinese look + nama Vee sendiri yang sangat nampak "kematsallehannya" (saper yg tahu nama penuh Vee, pasti faham). ntah lah.. maybe sesetengah orang rasa macam x ada apa-apa tapi Vee rasa macam sedih sangat.. Vee beragama Islam tapi orang ingat Vee bukan muslim.. memang sedih!!
then Vee terpilih untuk menjadi Jaksa /MEP kolej.. masa tue Vee masih lagi x berhijab.. tapi bermesej dengan seseorang buat Vee terfikir. .. x adalah Vee kata dia tue yang jadi penyebab Vee berhijab tapi kebetulan jer.. seriously sebelum kitorang bertolak ke Pangkor untuk kursus induksi UKM.. masa tengah bersiap-siap tue..Vee terus gosok tudung bawal & pakai. kawan-kawan Vee dah tentunya happy sangat & Vee mula yakin dengan keputusan Vee. yes!! sebab Vee seorang muslim, dan hati Vee masa tue memang terbuka sepenuhnya untuk terus berhijab ^_^
![]() |
| gambar hari pertama vee berhijab |
Vee berterima kasih sangat dengan sokongan kawan-kawan Vee terutama dalam MEP :) kalau x ada sokongan.. mau juga Vee tewas dengan perang perasaan sendiri hehehehe
![]() |
| MEP yg best :) |
so bila ada yang mengadu atau menyatakan perang perasaan untuk berhijab sepenuhnya.. Vee memang faham perasaan tersebut :) kita akan rasa x sesuai lah, takut x boleh nak padan dengan baju lah, muka x cantiklah, nampak bulat lah, macam-macam lagi.. xper... ikhlas kan hati ..inshaAllah hidayah Allah sentiasa bersama kita, dibantu dengan sokongan keluarga & rakan-rakan ^_^
buat Sara.. Selamat Pengantin Baru & tekadkan diri untuk terus berhijab.. insha Allah Vee akan sokong ^_^



Salam sis .. Sis comel la masa remaja dulu ..
ReplyDeleteFiqa tak tahu macam mana perasaan yg vee lalui tu tp fiqa mula2 bertudung masa darjah 4 dan masa tu on-off .. pastu tak lama selepas baligh fiqa dah start pakai tudung depan abang ipar . but when i go to swimming pool , tudung for sure melayang . then my bro ask me , "kepala tu dah keras sgt ke nak tanggung seksa neraka." fiqa masa tu sentap jugak la. mula terfikir , betul jugak kan ? fiqa pun dah start pakai tudung dan dengar la someone cakap, "Setiap anggota kita , kalau org lain dah tengok tinggal apa lagi utk suami?" after that mmg fiqa tak pernah on-off dah pakai tudung even fiqa sangat selekeh bila pakai tudung .