hari Jumaat lepas, vee & Mr Hubby pergi ke Segamat untuk melawat pakcik Mr Hubby yang terlantar di Hospital Segamat semenjak 26/4/2011. kami hanya balik berdua, itupun mama dah tanya samada vee larat untuk travel.. xperlah.. insya Allah baby vee kuat kan^^
sampai di hospital.. di muka depan wad di mana Pak Jid dirawat.. terus sayu rasa hati vee. rasanya kali terakhir vee jumpa Pak Jid, keadaan Pak Jid memang sangat berbeza berbanding dengan apa yang vee lihat di atas katil tue. sedih.. sayu & vee hanya mampu membaca al-fatihah demi menahan airmata dari gugur.
seterusnya kami berbual dengan Mak Uji & bertanya dengan lebih lanjut keadaan Pak Jid. Mak Uji vee lihat juga semakin susut ,hurmmm.. isteri mana yang x resah saat suami tercinta terlantar macam tue.. semoga Mak Uji terus tabah & kuat ... ujian setiap manusia berbeza-beza & ada rahmat disebaliknya.
selepas lawatan, vee & Mr Hubby terus ke rumah Mak Long & di situlah kami akan singgah bermalam sementara menanti hari esok. pertama kali vee menjejakkan kaki ke Segamat & vee berharap, baby dalam nie tidak kepenatan seperti vee. biarlah vee yang letih asalkan baby selesa.
esok pagi sebelum sarapan, Mr Hubby ajak vee menghirup udara pagi dengan berjalan sekeliling rumah Mak Long. nampak jugalah kesan-kesan banjir disekeliling tue. indah juga suasana pagi nie ^^ then Pak Long keluar untuk membeli sarapan.. actually bukan kami sahaja yang ada di situ, Angah sekeluarga dari Terengganu pun ada. meriahlah keadaan rumah dengan budak-budak selain adanya Nur, Kak Uda & Boboy yang telah sedia ada di rumah ^^.
Rupa-rupanya Pak Long belikan tempe goreng yang memang terkenal dengan sambalnya yang sedap. ooowwhhh inilah rasa tempe goreng yang Mr Hubby janjikan nak bagi vee rasa bila berada di Segamat. memang sedap ^^
| credit |
bila dah bersiap,kitorang gerak ke rumah Pak Mun dulu dengan Boboy. cantiknya rumah Pak Mun ^^ then terus ke hospital sekali lagi sebelum pulang ke KL harini. alhamdulillah keadaan Pak Jid lebih baik berbanding semalam. doa vee semoga Pak Jid sedar & dan sembuh sediakala kerana vee inginkan Pak Jid menikmati saat-saat terindah bersama Mak Uji & Rafiudin. mudah-mudahan....
sebelum gerak pulang, kami menjamu selera terlebih dahulu di rumah Mak Long. ribuan terima kasih vee & Mr Hubby ucapkan untuk Mak Long sekeluarga atas layanan baik sepanjang kami berada di Segamat ^^




No comments:
Post a Comment