Friday, January 21, 2011

~~ Cinta itu Fitrah ~~

Assallammualaikum wbt.. cinta memang sesuatu yang amat indah, membuatkan perasaan melayang-layang & dunia kelihatan sempurna..lebih indah bila cinta yang disulam berjaya diikatkan dengan lafaz aqad & nikah yang sah..

Sempena hari Jumaat; penghulu segala hari , vee berbesar hati bila Iman Alfatunnisa mengizinkan vee untuk berkongsi artikel yang sangat berguna  terutama bagi mereka yang ingin bercinta, sedang bercinta & mereka yang  ingin memasuki alam perkahwinan. oh ya, artikel nie vee edit sedikit untuk menyesuaikan bahasa "sms" ke bahasa formal ^_^




 1. Saya dah jatuh hati dengan dia la… apa saya nak buat?

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”.
Surah An-Nur: 32

"Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”.
Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas

“Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”.
Riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar


2. tapi duit saya masih x cukup / tapi saya x ada duit nak kawen.. T.T

“Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya”.
Surah An-Nur : 33

Rasulullah S.A.W bersabda :
“Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekalian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu”.



 3. Memang saya x cukup duit / x mampu nak kahwin, tapi kalau saya diam je, nanti kena “kebas” buah hati saya dengan orang lain T.T

Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa."
Surah Al-A’raf : 128

“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”
Surah Al-Hajj : 40

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.
Surah Alam Nasyrah : 5-6

Dikisahkan ketika tiba musim untuk memetik buah tamar, para sahabat r.a tidak sempat untuk memetik buah tamar kerana panggilan jihad daripada Rasulullah S.A.W. Lantaran itu, mereka meninggalkan kebun tamar mereka tanpa dipetik. Setelah berbulan mereka pergi berjihad, alangkah gembiranya hati mereka kerana Allah S.W.T masih lagi memelihara buah tamar mereka seolah-olah mereka meninggalkan kebun mereka semalaman.

Jika tentang kisah tamar Allah mampu memelihara, bagaimana pula tentang orang yang kita minat? Bertaqwa kepada-Nya, nescaya Allah juga mampu pelihara dia untuk dijadikan dia sbg jodoh kamu..

  
4. Tapi saya da sayang kat dia.. I can’t live without him/her..

“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.
Surah An-Nur : 30

“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”.
Surah Al-Jatsiyah : 18

“Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya”.
Riwayat Bukhari



5.  ala.. memang kami bercinta, tapi dia jauh dari saya, hanya sms penghubung kami.. dalam setahun tu, ada la 2 3 kali kami jumpa

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”.
Surah Al-Isra : 32

“Pandangan adalah panah beracun dari panah-panah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat”.
Musnad Ahmad

“Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia”.
Riwayat Bukhari Muslim

 6. Tapi saya bukan hensem/ lawa mana pun, saya pun risau saya xde jodoh.. saya rasa cuma dia seorang je yang boleh terima saya..

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”.
Surah Yasin : 36

“Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi”.
Surah Az-Zukhruf : 12

“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang”.
Surah Ar-Rum : 21



7. susahnya nak cari jodoh nie, sampai saya rasa putus asa...

Abdullah Ibnu MAs’ud pernah berkata :
“Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang ku sukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang”.

Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda :
“Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”.
Riwayat Ibnu Majah.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”.
Riwayat Abu Mansur Al-Dailami



Cinta itu fitrah manusia, tapi jangan dijadikan ianya alas an untuk kita bercinta tanpa batasan. Kalau mampu, segera lah berkahwin. Kalau x mampu? Tahanlah nafsu!

Memang sedih tidak dapat bersama orang yang kita cintai / cinta tak berbalas, tapi lagi malang jika Allah tidak menyintai kita sebagaimana Allah menyintai para hamba-Nya yang betaqwa. Silap-silap kita masuk Neraka-Nya dek kerana cinta nafsu kita!

Jika kita menjaga hubungan dan menolong agama Allah, PASTI & PASTI Allah jadikan dunia tunduk pada kita.. 


<3 <3 <3 <3                         <3 <3 <3 <3                                 <3 <3 <3 <3                        <3 <3 <3 <3

kepada teman-teman yang sedang bercinta, sedang mencari cinta & sedang ingin berumah tangga.. ingat yer.. jangan melebihi batas, kalau iyepun korang berpeluk sakan & berciuman sakan , itu antara korang dengan Allah.. tapi tolonglah jangan menayangkan  aksi-aksi yang hanya pasangan yang sah nikah sahaja layak lakukan didedahkan di laman sosial terutama FB & Blog. yelah.. masa bercinta, semua gambar-gambar kemesraan diupload dalam FB & Blog.. orang lain dah tentu mengata even diri sendiri pun buat perkara yang sama, kalau memang dah jodoh, insha Allah ke jinjang pelamin.. tahniah la yang korang dapat, tapi bila dah xder jodoh.. kan ker sendiri yang segan..kalau orang yang nak ngurat korang xkesah dengan "hal lepas" korang yang dok mesra sana-sini xper lah kan.. tapi yang kesah? puas la korang kena siasat macam-macam nanti.. kan ke haru.. 

bagi teman-teman yang masih lagi belum menemui pasangan/ jodohnya? jangan risau, setiap makhluk ciptaan Allah nie dijadikan hidup berpasang-pasangan. jangan putus asa, cepat lambat, pasti akan bertemu jua. seandainya di dunia ini x berteman, teruskan menjadi insan yang soleh & solehah kerana pasangan sebenarmu sedang menanti di akhirat sana ^_^  

actually vee ada tips untuk mereka yang berniat untuk bertemu jodoh dengan izin Allah..amalkan baca surah Yassin ayat 36. vee dah amalkan sejak vee belajar kat UKM lagi, dengan niat vee bertemu dengan jodoh sebenar vee dengan izin Allah


"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya".


Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa.   Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah. jangan lupa buat istikharah & insha Allah Allah akan membantu kita dalam membuat keputusan yang terbaik untuk kita ^_^


6 comments:

  1. Cinta adalah kekuatan..
    Tuan blog sambung ngee

    ReplyDelete
  2. miss dorayaki :) my peasure

    firdaus.. cinta adalah kekuatan ikatan yang terjalin antara dua insan, lebih bermakna jika insan itu adalah jodoh sebenar kita.. & cinta yang terbaik adalah cinta Allah ^_^ ok x?

    nadia ^_^

    ReplyDelete
  3. eh3..ok tapi ayat yang dalam kcb ag ok heee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...