Thursday, September 9, 2010

Cheritera Sepanjang Ramadhan

Assallammualaikum :)





alhamdulillah.. harini merupakan Ramadhan yg terakhir bg tahun ini, so esok dah Raya!!! setelah sebulan berpuasa, baru la Vee nk update blog nie hehehehe   
  
1st: Ramadhan kali ini merupakan pengalaman kali pertama vee sambut bersama suami tercinta  xoxoxo memang membahagiakan. sama seperti isteri yang lain, setiap jam 4.30 pagi vee dah bangun untuk memasak. ngantuk tu dah x jadi masalah selepas 2-3 hari Ramadhan hehehehe cuma kepala nie kena kreatif nak pikir resepi apa. untuk berbuka pun sama, jam 5.00 petang dah berada di dapur untuk menu berbuka puasa.

2nd: tahun nie kitorang x shopping baju raya pun sebab nya Hakeem nak kitorang melaram ngan baju nikah kitorang.. sah glamer baju vee tu huhuhu baju tunang vee, vee dah jahit manik supaya lebih nampak cantik ^_^ bakat terpendam la katakan hehehehe oh yer.. dalam seminggu nie vee duk la cari tudung raya tapi nampaknya bukan rezeki vee, satu tudungpun vee langsung x berkenan, vee bab2 mcm nie mmg cerewet..hmm so memang tahun nie xde shopping langsung.
   
3rd: bak kata sang bijaksana, ilmu itu tidak pernah terhad, jadi alhamdulillah banyak ilmu yang vee dapat sepanjang Ramadhan nie, sememangnya membuka mata hati vee seluas-luasnya. sebab itu pentingnya Al-Quran dijadikan rujukan, difahami dengan sedalam-dalamnya. hidup di dunia yang dikelilingi dengan pemikiran logik yang cuba menolak kewujuda Tuhan memang mencabar. tanpa disedari pemikiran kita telahpun dipengaruhi sejak kecil lagi. so, buka hati dan kukuhkan iman, insha ALLAH kebenaran itu akan diketahui juga oleh kita terutama umat Islam. perkara-perkara nie akan mendekatkan diri kita denganNya.

   
akhir kata, Selamat Hari Raya Vee & Hakeem ucapkan buat semua ya :) andai kata sepanjang perkenalan nie, banyak salah silap yang kami lakukan, mohon dimaafkan. vee juga dah pun memaafkan semua ..^_^ inshaALLAH. 

p/s : raya-raya jugak, solat jangan tinggal tau ^_^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...